Mohammad Fuad Stephens
Muhammad Fuad Stephens | |
|---|---|
| Yang di-Pertua Negara Sabah ke-3 | |
| Dalam jawatan 16 September 1973 – 28 Julai 1975 | |
| Didahului oleh | Pengiran Ahmad Raffae |
| Digantikan oleh | Mohd Hamdan Abdullah |
| Huguan Siou Pertama | |
| Dalam jawatan 1960 – 6 Jun 1976 | |
| Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Joseph Pairin Kitingan |
| Ketua Menteri Sabah Pertama dan ke-5 | |
| Dalam jawatan 18 April 1976 – 6 Jun 1976 | |
| Timbalan | Harris Salleh |
| Didahului oleh | Mohammad Said Keruak |
| Digantikan oleh | Harris Salleh |
| Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia | |
| Dalam jawatan 1968–1973 | |
| Didahului oleh | Mohamed Baba |
| Digantikan oleh | Awang Hassan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Donald Aloysius Marmaduke Stephens 14 September 1920 Kudat, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) |
| Meninggal dunia | 6 Jun 1976 (umur 55) Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
| Cause of death | Tragedi Double Six (nahas kapal terbang) |
| Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negeri Sabah |
| Parti politik | UNKO (1961–1964) UPKO (1964–1967) BERJAYA (1975-1976) |
| Pasangan | Ida (k. 1950; m. 1957) Rahimah Stephens (k. 1958) |
| Anak | Johari Stephens (anak angkat, 1952) Affendi Stephens (1958) Asgari Stephens (1960) Faridah Stephens (1962) Fauziah Stephens (anak angkat, 1958) |
| Ibu bapa | Jules Pavitt Stephens (bapa) Edith Cope (ibu) |
| Pendidikan | Sekolah St. Mary, Sandakan Sekolah Vernakular Keningau |
| Pekerjaan | Wartawan, Ahli Politik, Diplomat |
Muhammad Fuad Stephens (nama lahir: Donald Aloysius Marmaduke Stephens; 14 September 1920 – 6 Jun 1976) merupakan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah pertama (1963–1964) dan kelima (1976), Yang di-Pertua Negara Sabah ketiga (1973–1975), serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia keenam (1968–1973). Beliau dikenali sebagai Huguan Siou (Pemimpin Tertinggi) masyarakat Kadazandusun dan tokoh utama dalam pembentukan Malaysia.