Pertempuran Vienna

Pertempuran Vienna
Sebahagian daripada Perang Turki Agung, Perang Habsburg-Uthmaniyah dan Perang Poland-Uthmaniyyah

Pertempuran Vienna, 12 September 1683
Tarikh12 September 1683
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Tentera Kristian

  • Pengepungan Vienna gagal
  • Tentera Uthmaniyah mengalami kerosakan dan kerugian yang serius
  • Perikatan Kristian buat keputusan Liga Suci di bawah pimpinan Paus Innocent XI untuk terus menyerang wilayah Uthmaniyyah
Perubahan
wilayah
Uthmaniyyah kalah,Vienna tetap menjadi milik Austria (selepas Liga Suci)
Pihak yang terlibat

Komanwel Poland–Lithuania
 Empayar Suci Rom

Empayar Uthmaniyah
Negara Vassal:

Komandan dan pemimpin
John III Sobieski
(Komander Tertinggi Tentera Perikatan Kristian)
Hetman Jabłonowski
Hetman Sieniawski
Count Marcin Kątski
(Pasukan Bantuan)
Ernst Rüdiger von Starhemberg
(Barisan Tentera)
Charles of Lorraine
John George III of Saxony
Georg Friedrich of Waldeck
Julius Francis, Duke of Saxe-Lauenburg
Maximilian II Emanuel of Bavaria
Eugene of Savoy
Livio Odescalchi
Antonio Caraffa
Şerban Cantacuzino
Grand Vizier Kara Mustafa Pasha
Kara Mehmed of Diyarbakir
Ibrahim of Buda
  Abaza Sari Hüseyin
  Pasha of Karahisar
Murad Giray
George Ducas
Kekuatan

Barisan Tentera Vienna:
11,000 askar + 5,000 volunteers
312 meriam tetapi hanya 141 digunakan
(strength on 10 September 1683)


Pasukan Bantuan:
47,000 tentera Jerman dan Austria dengan 112 meriam


27,000 tentera Poland dengan 28 meriam


Jumlah:
90,000 tetapi beberapa askar dikecualikan untuk berkawal berhampiran jambatan Tulin dan kem, tambahan 2,000 pasukan berkuda imperial (tidak termasuk di atas) berkawal di Danube.

 – alternative estimates

140,000 pada 10 September 1683, menurun daripada 170,000 pada permulaan peperangan, menurut dokumen order of battle yang dijumpai di khemah Kara Mustafa.

 – alternative estimates


Kira-kira 150 meriam
Kerugian dan korban

Kemalangan jiwa semasa pertempuran: 4,500,


3,500 mati atau cedera (1,300 askar Poles)


Kemalangan jiwa sewaktu pengepungan: 12,000


Mati semasa pengepungan: 8,000–15,000,


Ditangkap: 5,000

Pertempuran Vienna (Jerman: Schlacht am Kahlen Berge atau Kahlenberg; Poland: bitwa pod Wiedniem atau odsiecz wiedeńska (The Reief of Vienna; Turki Moden: İkinci Viyana Kuşatması, Turki Uthmaniyah: Beç Ḳalʿası Muḥāṣarası) berlaku di Bukit Kahlenberg di Vienna pada 12 September 1683 selepas kota imperial Vienna diserang oleh Empayar Uthmaniyah selama 2 bulan. Pertempuran ini melibatkan Monarki Habsburg, Komanwel Poland–Lithuania dan Empayar Suci Rom, dibawah pimpinan Raja John III Sobieski menentang Uthmaniyah dan negara vassal mereka. Pertempuran ini pertama kalinya melibatkan Komanwel dan Empayar Suci Rom yang telah menjalankan kerjasama ketenteraan menentang tentera Uthmaniyah, dan perkara ini sering dilihat sebagai pengubahan sejarah, selepas "Kerajaan Uthmaniyah berhenti mengancam dunia Kristian". Akibat daripada peperangan yang bertahan sehingga 1699, Empayar Uthmaniyah telah kehilangan hampir seluruh kawasan Hungary yang kemudiannya dikuasai oleh Maharaja Suci Rom Leopold I.

Peperangan ini akhirnya dimenangi oleh tentera perikatan Empayar Suci Rom daripada negara Jerman dan Komanwel Poland-Lithuania, yang pada akhirnya hanya diwakili oleh tentera daripada Kerajaan Mahkota Poland (barisan tentera Lithuania tertangguh, dan tentera ini tiba di Vienna selepas Vienna dibebaskan).. Barisan tentera Vienna diketuai oleh Ernst Rüdiger Graf von Starhemberg, seorang warga Austria dibawah penguasaan Maharaja Suci Rom Leopold I. Majoritinya pimpinan barisan tentera diketuai oleh raja Poland, John III Sobieski, yang turut sama memimpin pasukan bantuan.

Ketenteraan Empayar Uthmaniyah dan tentera dari negara takluk Kerajaan Uthmaniyah, diketuai oleh Grand Vizier Merzifonlu Kara Mustafa Pasha. Bilangan tentera Uthmaniyah dianggarkan kira-kira 90,000 sehingga 300,000 orang (menurut dokumen order of battle yang telah dijumpai di khemah Kara Mustafa, kekuatan tenteranya pada permulaan peperangan ialah 170,000 orang). Mereka mula bertempur pada 14 Julai 1683. Pasukan tentera Uthmaiyah juga merangkumi unit-unit lain seperti 60 unit tentera elit Infantri berjumlah 12,000 askar dengan tentera pemerhati berjumlah 70,000 orang memerhati keadaan di luar kota. Pertempuran ini bermula pada 12 September, selepas pasukan tentera perikatan tiba.