Sokollu Mehmed Pasha

Mehmed-paša Sokolović
Kelahiran1506
Meninggal dunia1579 (usia 73)
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "ethnicity"

Sokollu Mehmed Pasha (Bosnia, Croatia, Serbia: Mehmed-paša Sokolović, "Sokollu" di Turki adalah seorang negarawan terulung Empayar Uthmaniyyah pada abad ke 16. Pada usia muda Mehmed telah diambil sebagai tentera janissari yang merupakan sebahagian daripada sistem ketenteraan Empayar Uthmaniyah iaitu devshirmeh.

Beliau telah naik kedudukannya di dalam sistem imperial kerajaan Uthmaniyah, bermula dengan perlantikannya sebagai ketua pengawal imperial (1543-1546), Ketua Angkatan Tentera Laut (1546-1551), Gabenor Jeneral di Rumelia (1551-1555), Wazir Ketiga (1555-1561), Wazir Kedua (1561-1565) dan sebagai Perdana Menteri (1565-1579) selama 14 tahun, 3 bulan, 17 hari di bawah tiga Sultan: Sulaiman al-Qanuni, Selim II, dan Murad III. Beliau telah dibunuh pada tahun 1579, lalu menamatkan pemerintahannya selama 15 tahun sebagai pemerintah de facto Empayar Uthmaniyah.