Parti Bersatu India Malaysia

Parti Bersatu India Malaysia
Pemimpin/ketuaDatuk K.S. Nallakaruppan
Diasaskan14 November 2007
Dibubarkan-
Ibu pejabatKuala Lumpur
Akhbar-
Sayap belia/pemuda-
Keanggotaan (2024)67,000
Ideologi-
Hubungan kebangsaanBarisan Nasional
(2007-2018), (2020-kini)
Hubungan antarabangsa-
Warnamerah, biru, kuning, putih
Tapak sesawang[Blog MIUP]
Catatan kaki
-
sunting · sunting di Wikidata


Parti Bersatu India Malaysia atau singkatannya MIUP (bahasa Inggeris: Malaysian Indian United Party) merupakan sebuah parti politik baru di persada politik Malaysia bagi membela masyarakat India. Pengasas dan presidennya ialah Datuk K.S. Nallakaruppan. MIUP ditubuhkan sebagai alternatif bagi kaum India selain Kongres India Malaysia (MIC) dan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF). MIUP memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 pada 8 Mac 2008. MIUP ditubuhkan dan didaftarkan pada 14 September 2007 dan dilancarkan pada 25 November 2007 setelah Datuk Nallakaruppan keluar dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR).