2008

 
Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2008. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2008 (nombor).


2008 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Selasa dalam takwim Gregorius. Ia berlangsung dari 22 Zulhijah 1428 hingga 3 Muharam 1430.

Dalam astrologi Cina, kebanyakan daripada 2008, bermula daripada Februari 7, akan bertindih dengan Tahun Tikus (Tarikh-tarikh sebelum Februari 7 adalah sebahagian daripada Tahun Khinzir). Tahun Tikus akan berulang lagi pada tahun 2020.