Muhammad Jailani Khamis

Muhammad Jailani Khamis
محمد جايلاني بن خميس
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan)
Dalam jawatan
26 November 2021 – 31 Mac 2023
GabenorMohd Ali Rustam
Ketua MenteriSulaiman Md Ali
Didahului olehSendiri
Digantikan olehAbdul Razak Abdul Rahman
Kawasan pilihan rayaRembia
Dalam jawatan
13 Mac 2020 – 21 November 2021
GabenorMohd Khalil Yaakob
(2020)
Mohd Ali Rustam
(2020–2021)
Ketua MenteriSulaiman Md Ali
Didahului olehSendiri
Digantikan olehSendiri
Kawasan pilihan rayaRembia
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 2 Mac 2020
GabenorMohd Khalil Yaakob
Ketua MenteriAdly Zahari
Didahului olehIdris Haron
Digantikan olehSendiri
Kawasan pilihan rayaRembia
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Rembia
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehNorpipah Abdol
(BNUMNO)
Majoriti1,814 (2018)
860 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2018–2020Pakatan Harapan
2020–2021BEBAS
2021–2023Barisan Nasional
2023–Perikatan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Muhammad Jailani bin Khamis

(1972-05-26) 26 Mei 1972
Melaka, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
(–2016, 2021–2023)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
(2017–2020)
BEBAS
(2020–2021)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
(sejak 2023)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(–2016, 2021–2023)
Pakatan Harapan (PH)
(2017–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2023)
PekerjaanAhli politik
Muhammad Jailani Khamis di Facebook

Muhammad Jailani bin Khamis (lahir 26 Mei 1972) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Rembia sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari November 2021 hingga Mac 2023 bagi penggal ketiga, dari Mac 2020 hingga November 2021 bagi penggal kedua dan di bawah bekas Ketua Menteri Adly Zahari dari Mei 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2020 bagi penggal pertama. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum ini, beliau pernah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti komponen BN, sebelum meninggalkan UMNO untuk menyertai PAS. Beliau juga pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen PH, sebelum meninggalkan PKR dan menjadi seorang bebas dengan menyokong BN selama sembilan bulan, kemudian menyertai UMNO semula. Kini beliau merupakan satu-satunya ADUN PAS di Melaka dan antara tiga orang ADUN pembangkang serta ADUN PN di Melaka bersama-sama Ketua Pembangkang Negeri merangkap ADUN Bemban Mohd Yadzil Yaakub dan ADUN Sungai Udang Mohd Aleef Yusof.