Sulaiman Md Ali

Sulaiman Md Ali
سليمان مد علي
Ketua Menteri Melaka ke-12
Dalam jawatan
9 Mac 2020 – 31 Mac 2023
GabenorMohd Khalil Yaakob
(2020)
Mohd Ali Rustam
(2020–2023)
Didahului olehAdly Zahari
Digantikan olehAb Rauf Yusoh
Kawasan pilihan rayaLendu
Timbalan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
(Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan, Hal Ehwal Agama, Warisan, Belia dan Pelancongan)
Dalam jawatan
14 Mei 2013 – 11 Mei 2018
GabenorMohd Khalil Yaakob
Ketua MenteriIdris Haron
AhliIdris Haron
Didahului olehIsmail Othman
(Kewangan, Tanah dan Perancangan Ekonomi)
Amirudin Yusof
(Pelaburan)
Mohd Yazed Khamis
(Hal Ehwal Agama)
Chua Kheng Hwa
(Warisan dan Pelancongan)
Ab Rahman Ab Karim
(Belia)
Digantikan olehJawatan dibubarkan
Kawasan pilihan rayaLendu
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Lendu
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului oleh
Majoriti2,503 (2013)
627 (2018)
3,104 (2021)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
2013–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Sulaiman bin Md Ali

(1965-12-20) 20 Disember 1965
Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganMunira M Yusop
Anak3
PekerjaanAhli politik

Sulaiman bin Md Ali (Jawi: سليمان بن مد علي; lahir 20 Disember 1966) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Lendu sejak Mei 2013. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 dari Mac 2020 sehingga peletakan jawatannya pada Mac 2023, serta sebagai Ahli EXCO Timbalan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Ketua Menteri Idris Haron dari Mei 2013 hingga kejatuhan pentadbiran negeri BN pada Mei 2018. Beliau merupakan ahli, Setiausaha Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Bahagian Masjid Tanah bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.