Mohd Yadzil Yaakub
Mohd Yadzil Yaakub | |
|---|---|
| محمد يضيل يعقوب | |
| Ketua Pembangkang Negeri Melaka | |
| Menyandang jawatan 13 Disember 2022 | |
| Gabenor | Mohd Ali Rustam |
| Ketua Menteri | Sulaiman Md Ali (2022–2023) Ab Rauf Yusoh (sejak 2023) |
| Didahului oleh | Adly Zahari |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Bemban | |
| Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
| Didahului oleh | Wong Fort Pin (PH–DAP) |
| Majoriti | 328 (2021) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Yadzil bin Yaakub 14 April 1974 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
| Anak | 2 |
| Tempat belajar | Universiti Udayana, Bali, Indonesia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Doktor perubatan |
Mohd Yadzil bin Yaakub, lebih dikenali sebagai Dr. Mohd Yadzil Yaakub (lahir 14 April 1974) merupakan seorang ahli politik dan doktor perubatan Malaysia daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Melaka sejak Disember 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Bemban sejak November 2021. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi PN negeri Melaka sejak Januari 2022 dan Ketua Bahagian BERSATU Jasin sejak 2020. Beliau pernah menjadi Pengerusi BERSATU negeri Melaka dari Disember 2021 hingga Januari 2025 dan Timbalan Pengerusi BERSATU negeri Melaka dari 2021 hingga kenaikannya pada Disember 2021 serta Timbalan Pengerusi PN negeri Melaka dari 2021 hingga Januari 2022. Beliau juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Pilihan raya negeri Melaka 2021 bagi PN. Beliau juga adalah salah seorang daripada hanya tiga ADUN Pembangkang dan PN di Melaka bersama ADUN Sungai Udang, Mohd Aleef Yusof dan ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis.