Pilihan raya negeri Melaka 2018

Pilihan raya negeri Melaka 2018


Kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka
15 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar494,662
Pengundi hadir84.52%
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  GS
Pemimpin Adly Zahari Idris Haron Kamarudin Sidek
Parti AMANAH UMNO PAS
Gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional Gagasan Sejahtera
Pemimpin sejak 30 Ogos 2017 2013 Tidak diketahui
Kerusi pemimpin Bukit Katil Sungai Udang Duyong
(hilang kerusi)
Pilihan raya
lepas
6 kerusi, 31.18%
(Pakatan Rakyat)
21 kerusi, 53.31% 1 seat, 14.98%
(Pakatan Rakyat)
Kerusi sebelum 3 21 1
Kerusi yang
diperlukan
12 14
Kerusi yang
dimenangi
15 13 0
Perubahan kerusi 12 8 1
Undian popular 211,153 156,318 44,537
Peratusan 51.1% 37.8% 10.8%
Peralihan undi 19.9 pp 15.5 pp 4.2%

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Idris Haron
Barisan Nasional

Terpilih

Adly Zahari
Pakatan Harapan

Pilihan raya negeri Melaka ke-14 telah diadakan pada 9 Mei 2018 bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, iaitu badan perundangan negeri Melaka. Dewan Undangan Negeri Melaka telah dibubarkan pada 7 April 2018 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka atas nasihat Ketua Menteri Melaka.

Pilihan raya ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan menggunakan sistem undi terbanyak. Penamaan calon berlangsung pada 28 April. Pada 9 Mei, antara pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang Waktu Malaysia (UTC+8), pengundian dijalankan di semua 28 kawasan DUN di seluruh Melaka; setiap kawasan memilih seorang ADUN untuk ke Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Dalam keputusan bersejarah, Barisan Nasional (BN), gabungan pemerintah di Melaka, telah ditumbangkan oleh Pakatan Harapan (PH). Sejak pilihan raya negeri Melaka pertama pada 1955, BN atau pendahulunya Parti Perikatan tidak pernah kalah dalam pilihan raya negeri. PH memenangi 15 kerusi dalam pilihan raya ini sekali gus memperoleh majoriti mudah, manakala BN memenangi 13 kerusi. Adly Zahari daripada parti komponen PH iaitu AMANAH mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu pada 11 Mei 2018.