Pilihan raya negeri Melaka 2021

Pilihan raya negeri Melaka ke-15

20 November 2021

Semua 28 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka
15 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar495,195
Pengundi hadir65.85%
  Parti majoriti Parti minoriti Parti ketiga
  BN
Pemimpin Sulaiman Md Ali Adly Zahari Mas Ermieyati Samsudin
Parti UMNO AMANAH BERSATU
Gabungan Barisan Nasional Pakatan Harapan Perikatan Nasional
Pemimpin sejak 9 Mac 2020 30 Ogos 2017 18 November 2021
Kerusi pemimpin Lendu Bukit Katil Tanjung Bidara
(Bertanding dan kalah)
Pilihan raya
lepas
13 kerusi, 36.2% 13 kerusi, 42.5% 2 kerusi, 21.0%
(di bawah PH, GS and BN)
Kerusi sebelum 12 11 1
Kerusi yang
diperlukan
3 4 14
Kerusi yang
dimenangi
21 5 2
Perubahan kerusi 9 6 1
Undian popular 122,741 114,457 77,731
Peratusan 38.39% 35.80% 24.31%
Peralihan undi 2.19 pp 6.7 pp Baharu

Keputusan mengikut kawasan pilihan raya

Ketua Menteri sebelum pilihan raya

Sulaiman Md Ali
Barisan Nasional
(UMNO)

Ketua Menteri dipilih

Sulaiman Md Ali
Barisan Nasional
(UMNO)

Pilihan raya negeri Melaka ke-15 ialah sebuah pilihan raya negeri di negeri Melaka, Malaysia yang dianjurkan untuk memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri Melaka (DUNM), dan dijangka akan dilakukan palewatnya pada 2023, lima tahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018, pilihan raya umum 2018.

Walau bagaimanapun, pada 5 Oktober 2021, DUN Melaka dibubar secara mengejut dalam situasi kemelut politik Malaysia 2020–21. Hal ini berikutan empat anggota DUN Melaka berkeputusan untuk menarik sokongan terhadap blok kerajaan, iaitu Idris Haron, Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee dan Noor Effandi Ahmad, menyebabkan kerajaan Melaka semasa hilang majoriti dan tumbang. Hal ini membuka ruang kepada kewajiban pilihan raya negeri untuk diadakan.

Pilihanraya ini adalah unik kerana menampilkan dua parti gabungan besar di dalam kerajaan iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bertanding sesama sendiri selepas BN melalui UMNO telah menyatakan tidak berkerjasama dengan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).