Belgium

Kerajaan Belgium
كراجأن بيلڬيوم / بيلجيوم
Koninkrijk België
Royaume de Belgique
Königreich Belgien
Bendera Jata
Cogan kata"Eendracht maakt macht"  (Belanda)
"L'union fait la force"  (Perancis)
"Einigkeit macht stark"  (Jerman)
"Kekuatan melalui Penyatuan"
Lagu kebangsaanBrabançonne
Lokasi  Belgium  (hijau gelap)

– di Eropah  (hijau terang & kelabu gelap)
– di Kesatuan Eropah  (hijau terang)

Ibu negaraBrussel
Kawasan metropolitanRantau Ibunegara Brussel
Bahasa rasmiBelanda, Perancis, Jerman
KerajaanRaja berperlembagaan persekutuan dan demokrasi berparlimen
• Raja
Philippe
Bart De Wever
Kemerdekaan
• Diisytiharkan
4 Oktober 1830
• Diakui
19 April 1839
Keluasan
• Jumlah
30,689 km2 (11,849 bt2) (ke-136)
• Perairan (%)
0.71 (as of 2015)
Populasi
• Perkiraan 2020
11,492,641 (ke-82)
376/km2 (973.8/sq mi) (ke-22)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
USD575,808 bilion (ke-36)
$50,114 (ke-18)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$503,416 bilion (ke-26)
$43,814 (ke-16)
Gini (2018) 25.6
rendah
HDI (2019) 0.919
sangat tinggi · ke-17
Mata wangEuro (€)1
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan32
Kod ISO 3166BE
DPT internet.be²
1 Sebelum 1999: Franc Belgium.
2 Domain .eu juga digunakan, laksana ia dikongsi dengan ahli negeri Kesatuan Eropah yang lain.
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "accessionEUdate"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longEW"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "sovereighty_note"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "longd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latm"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latNS"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "latd"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "EUseats"

Belgium (Jawi: بيلڬيوم atau بيلجيوم‎; Belanda: België, Perancis: Belgique, Jerman: Belgien) ataupun nama rasminya Kerajaan Belgium (Belanda: Koninkrijk België, Perancis: Royaume de Belgique, [Königreich Belgien] Error: {{Lang}}: unrecognized language tag: -de (help)) ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Kawasan Belgium seluas 30,528 kilometer persegi (11,787 bt2) dan ia mempunyai penduduk seramai 11 juta orang penduduk. Brussels ibu kota negara ini.

Belgium dibahagikan kepada tiga kawasan diperintah secara berautonomi: Komuniti Flanders di utara diduduki masyarakat menuturkan bahasa Belanda sebanyak 60% kependudukan negara, Komuniti Wallonia di selatan menuturkan bahasa-bahasa Perancis (40%) dan Jerman (di Eupen-Malmedy, 1 peratus) dan Wilayah Ibu Negara Brussels yang secara rasminya dwibahasa.

Negara ini terletak di kawasan yang pernah direbutkan banyak kuasa-kuasa besar sepanjang sejarah manusia dari Zaman Pertengahan sampai selewat Perang-Perang Dunia Pertama dan Kedua sehingga mendapat gelaran "Medan Perang Eropah". Dari 1888 sehingga 1962, Belgium turut memiliki empayar jajahan sendiri di benua Afrika termasuk Congo (yang pada asalnya estet peribadi Leopold II yang rakus dan mengorbankan jutaan orang akibat eksploitasi) dan Ruanda-Urundi. Pada pertengahan kedua abad ke-20 pula berlakunya jurang konflik kaum penutur bahasa sehingga mendorong pembaharuan pemerintahan kepada bentuk persekutuan dari 1970 hingga 1993.

Negara ini merupakan ahli Kesatuan Eropah menempatkan banyak badan-badan utama kesatuan geopolitik ini termasuk ibu pejabat kesatuan, Suruhanjaya Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, salah satu dari Parlimen Eropah (selain Strasbourg) dan Majlis Eropah. Selain itu, Belgium juga ahli NATO.