Miles Dempsey

Sir Miles Dempsey
Leftenan Jeneral Miles Dempsey pada April 1944
Nama samaran"Lucky"
"Bimbo"
Kelahiran(1896-12-15)15 Disember 1896
New Brighton, Wallasey, Cheshire, England
Meninggal dunia5 Jun 1969(1969-06-05) (umur 72)
Yattendon, Berkshire, England
KesetiaanUnited Kingdom
PerkhidmatanTentera Darat British
Tahun perkhidmatan1915–1947
PangkatJeneral
UnitRejimen Berkshire Diraja
ArahanAngkatan Darat Timur Tengah (1946–47)
Angkatan Darat Bersekutu, Asia Tenggara (1945–46)
Tentera Darat Keempat Belas (1945)
Tentera Darat Kedua (1944–45)
Kor XIII (1942–44)
Divisyen Ke-42 Armor (1941–42)
Divisyen Ke-42 (East Lancashire) Infantri (1941)
Divisyen Ke-46 Infantri (1941)
Briged Ke-13 Infantri (1939–40)
1 Batalion, Rejimen Berkshire Diraja (1938–39)
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Grand Cross of the Order of the British Empire
Knight Commander of the Order of the Bath
Distinguished Service Order
Military Cross
Dipuji Dalam Perutusan (4)
Army Distinguished Service Medal (United States)
Commander of the Legion of Merit (United States)
Grand Officer of the Order of Leopold with Palm (Belgium)
Croix de guerre with Palm (Belgium)
Knight Grand Officer of the Order of Orange-Nassau with Swords (Netherlands)

Jeneral Sir Miles Christopher Dempsey, GBE, KCB, DSO, MC (15 Disember 1896 – 5 Jun 1969) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang berkhidmat di kedua-dua perang dunia. Selaku pegawai muda, beliau berjuang di Perancis semasa Perang Dunia I, dimana beliau tercedera, dan menjalani masa yang sukar di zaman antara perang, mengembara ke pelbagai pelusuk dunia.

Semasa Perang Dunia II beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Bernard Montgomery dan memerintah Briged Ke-13 dalam Pertempuran Perancis pada tahun 1940, dan menghabiskan masa dua tahun melatih askar di England, sebelum memerintah Kor XIII bagi penyerbuan Sicily dan Itali pada tahun 1943. Beliau kemudian memerintah Tentera Darat Kedua semasa Pertempuran Normandy dan membuat kemaraan yang pantas ke kempen berikutnya di Utara Perancis serta Belgium dan merupakan panglima Tentera Darat British yang pertama menyeberangi sungai Rhine. Seorang perajurit yang sangat profesional dan berdedikasi yang mendapat nama baik dalam tugas aktif, Miles Dempsey dipandang tinggi oleh orang atasan dan bawahannya, terutama sekali Montgomery, walaupun beliau secara relatifnya tidak dikenali.