Hermann Göring

Reichsmarschall
Hermann Göring
Göring pada Januari 1943
Presiden Reichstag
Dalam jawatan
30 Ogos 1932 – 23 April 1945
Presiden
Canselor
Didahului olehPaul Löbe
Digantikan olehtiada, jawatan dimansuhkan
Naib Canselor Jerman
Dalam jawatan
10 Februari 1941 – 23 April 1945
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehFranz von Papen
Digantikan olehFranz Blücher
Ketua Menteri Prusia
Dalam jawatan
10 April 1933 – 23 April 1945
Gabenor
Didahului olehFranz von Papen
Digantikan olehPrusia dibubarkan
Reichsstatthalter Prusia (Pemangku)
Dalam jawatan
30 Januari 1935 – 23 April 1945
Perdana MenteriDiri sendiri
Didahului olehAdolf Hitler
Digantikan olehPrusia dibubarkan
Menteri Ekonomi Reich
Dalam jawatan
26 November 1937 – 15 Januari 1938
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehWalther Funk
Menteri Penerbangan Reich
Dalam jawatan
27 April 1933 – 23 April 1945
Presiden
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehPosisi baru
Digantikan olehRobert Ritter von Greim
Menteri Perhutanan Reich
Dalam jawatan
Julai 1934 – 23 April 1945
Presiden
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehTiada
Panglima Besar Tentera Udara Jerman
Dalam jawatan
1 Mac 1935 – 23 April 1945
Presiden
CanselorAdolf Hitler
Didahului olehPosisi baru
Digantikan olehRobert Ritter von Greim
Maklumat peribadi
Lahir
Hermann Wilhelm Göring

(1893-01-12)12 Januari 1893
Rosenheim, Bavaria, Empayar Jerman
Meninggal dunia15 Oktober 1946(1946-10-15) (umur 53)
Nuremberg, Jerman
(Bunuh diri dengan racun)
Parti politikParti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Parti Nazi) (1922–1945)
Pasangan
  • Carin von Kantzow
    (1923–1931, mati)
  • Emmy Sonnemann
    (1935–1946)
AnakEdda Göring
PekerjaanTentera, Juruterbang, Ahli Politik
KabinetKabinet Hitler
Anugerah awam
Senarai
Tandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan
Cabang/khidmat
Tahun khidmat
  • 1912–1918
  • 1923–1945
Pangkat
Senarai
PangkalanLuftwaffe (1935–1945)
Perang/Pertempuran
  • Perang Dunia I
  • Perang Dunia II

Hermann Wilhelm Göring (atau Goering; bahasa Jerman: [ˈɡøːʁɪŋ]  ( dengar); 12 Januari 1893 – 15 Oktober 1946), ialah seorang ahli politik Jerman, pemimpin tentera, anggota utama Parti Nazi (NSDAP) dan secara rasminya pemimpin kedua bagi Reich Ketiga selepas Adolf Hitler. Seorang juruterbang pesawat pejuang ace dalam Perang Dunia Pertama, beliau adalah penerima pingat Pour le Merite yang didambakan, juga dikenali sebagai "Blue Max".Beliau merupakan komander terakhir Jagdgeschwader 1, unit sayap pejuang yang pernah dipimpin oleh Manfred von Richthofen, dikenali sebagai "Red Baron".

Seorang ahli NSDAP sejak awalnya lagi, Göring tercedera pada tahun 1923 semasa rampasan kuasa yang gagal yang dikenali sebagai Beer Hall Putsch. Beliau menjadi penagih kekal morfin selepas dirawat dengan dadah tersebut bagi kecederaannya. Selepas membantu Adolf Hitler mengambil kuasa pada tahun 1933, beliau menjadi orang kedua paling berkuasa di Jerman. Beliau mengasaskan Gestapo pada tahun 1933. Göring dilantik sebagai panglima tertinggi Luftwaffe (tentera udara) pada tahun 1935, jawatan yang dipegangnya sehingga hari terakhir Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1940 beliau berada di kemuncak kuasa dan pengaruhnya; sebagai menteri yang memimpin Rancangan Empat Tahun, beliau bertanggungjawab bagi kebanyakan fungsi ekonomi Jerman semasa pembinaannya hingga Perang Dunia Kedua. Hitler menaikkan pangkatnya ke Reichsmarschall, iaitu pangkat paling kanan berbanding semua panglima Wehrmacht yang lain, dan pada tahun 1941 Hitler melantik beliau sebagai pengganti dan timbalannya bagi semua jawatannya.

Menjelang tahun 1942 hubungan baik Goring dengan Hitler semakin merosot, ini disebabkan Luftwaffe gagal mencapai komitmennya dan gerakan perang Jerman terhalang di kedua-dua barisan. Oleh itu Goring berundur seketika daripada tabir tentera serta politik dan memberi tumpuan kepada pemerolehan harta dan karya seni, yang kebanyakkannya dirampas dari orang yahudi yang menjadi mangsa Holocaust. Dimaklumkan pada 22 April 1945 yang Hitler merancang untuk membunuh diri, Goring menghantar sekeping telegram kepada Hitler memohon untuk mengambil alih pemerintahan Reich. Melihat ia satu tindakan pengkhianatan, Hitler memecat Goring daripada semua jawatan serta parti dan mengarahkan penangkapannya. Selepas Perang Dunia II, Goring telah disabitkan dengan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Perbicaraan Nuremberg; beliau merupakan pegawai tertinggi Nazi yang dibicarakan disana. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati tetapi membunuh diri dengan meminum racun sianida pada malam sebelum hukuman mati dijalankan.