Kerajaan Itali (1861–1946)

Kerajaan Beraja Itali
Regno d'Italia
1861–1946
Bendera Jata
Lagu kebangsaan"Marcia Reale d'ordinanza"
"Royal March of Ordinance" ¹
Wilayah dan tanah jajahan Itali di tahun 1941.
Ibu negaraTurin (1861-1864)
Florence (1864-71)
Roma (dari 1871)
Agama
Gereja Roman Katolik
KerajaanRaja berperlembagaan
Raja 
• 1861-78
Vittorio Emanuele II
• 1878-1900
Umberto I
• 1900-46
Vittorio Emanuele III
• 1946
Umberto II
Perdana Menteri 
• 1861
Graf di Cavour (pertama)
• 1922-43
Benito Mussolini
• 1945-46
Alcide De Gasperi (terakhir)
Badan perundanganParlimen
Senat
Dewan Rakyat
Sejarah 
17 Mac 1861
• Gerakan di Rom
22 Oktober 1922
• Pakatan Besi
22 Mei 1939
• Pembubaran
2 Jun 1946
Keluasan
1936310,120 km2 (119,740 bt2)
Populasi
• 1861
26328000
• 1911
36921000
• 1936
42399000
Mata wangLira Itali
Kod ISO 3166IT
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Sardinia
Kerajaan Lombardia-Venetia
Provinsi Syarikat Tengah Itali
Negara Paus
Kerajaan Dua Sicily
Austria-Hungary
Empayar Uthmaniyyah
Yugoslavia
Itali
Republik Sosial Itali
Vatican
Wilayah Bebas Trieste
Empayar Habsyah
Republik Keempat Perancis
Kerajaan Greece
Wilayah Amanah Somalia
Tunisia Perancis
Kerajaan Libya
Kerajaan Mesir
Republik Sosialis Rakyat Albania
RPS Yugoslavia
1: Lagu kebangsaan bukan rasmi " Giovinezza" ("The Youth") 1922-43 [1]

Kerajaan Beraja Itali (Itali: Regno d'Italia) adalah negara yang dibentuk pada tahun 1861 melalui penyatuan Itali yang berada dibawah pengaruh kerajaan Sardinia. Raja Sardinia, Victor Emmanuel II diisytiharkan sebagai raja kerajaan Itali. Kerajaan ini wujud sehingga tahun 1946 setelah rakyat Itali memilih sistem pemerintahan republik berbanding monarki dalam satu pungutan suara perlembagaan. Kerajaan ini merupakan kerajaan di Itali pertama yang mencakupi seluruh kawasan semenanjung Itali selepas kejatuhan empayar Rom.

Itali mengumumkan perang ke atas Empayar Austria dan juga pakatan Prusia pada 1866: Tentera Prussia pimpinan Bismarck telah berjaya menawan Veneto. Tentera Itali memasuki Rom pada 1870 dan menamatkan seribu tahun kekuasaan Paus. Itali telah menerima cadangan Bismark untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Tiga Negara bersama Jerman dan Austria-Hungary pada 1882, berikutan perbezaan pendapat yang kuat dengan Perancis mengenai pengembangan kawasan penjajahan masing-masing. Walaupun hubungan dengan Berlin semakin baik, pakatan dengan Vienna masih lagi formal semata-mata kerana kawasan tanah Itali seperti Trentino dan Trieste masih menjadi sebahagian daripada pemerintahan Austria-Hungary. Jadi, pada 1915, Itali telah menerima ajakan British untuk menyertai pihak Berikat dalam Perang Dunia I kerana pihak berikat barat dijanjikan pampasan kawasan wilayah untuk mendapatkan semula tanah Itali yang dijajah oleh Austria-Hungary.

"Fasis Itali" adalah era pemerintahan Parti Fasis Kebangsaan dari tahun 1922 hingga 1943 dengan Benito Mussolini sebagai ketua totalitarian. Pihak fasis mengenakan pemerintahan totalitarian serta menghapuskan pihak pembangkang politik dan intelektual. Di samping itu, pihak fasis turut menggalakkan pemodenan dari segi ekonomi, nilai-nilai sosial tradisional dan pemulihan hubungan baik dengan Gereja Katolik. Menurut Payne (1966), "rejim Fasis melalui beberapa fasa yang agak berbeza". Fasa pertama (1923–1925) merupakan ukuran kesinambungan daripada sistem berparlimen meskipun dengan "kediktatoran eksekutif yang diuruskan secara sah". Fasa kedua pula merupakan "penubuhan pemerintahan diktator Fasis" dari tahun 1925 hingga 1929 manakala fasa ketiga dengan aktivisme yang kurang berlaku pada 1929 hingga 1934. Fasa keempat (1935-1940) telah dicirikan oleh dasar luar yang agresif, peperangan di Habsyah, konfrontasi terhadap sekatan Liga Bangsa, autarki ekonomi yang berkembang dan Nazifikasi separa. Peperangan tersebut (1940–1943) sendiri adalah fasa kelima dengan berlakunya bencana dan kekalahan manakala rejim Salo di bawah kawalan Jerman pula adalah fasa yang terakhir (1943–1945).

Itali telah bersekutu dengan Jerman Nazi dalam Perang Dunia II sejak 1936. Ia bertukar pihak kepada pihak Berikat pada 1943 selepas menewaskan Mussolini dan menutup parti Fasis di kawasan (selatan Rom) yang dikawal oleh penakluk Berikat. Kawasan kekuasaan pihak Fasis di utara Itali merupakan negara boneka Jerman Nazi yang terus menentang pihak Berikat. Kawasan tersebut dikenali sebagai Republik Sosial Itali diketuai oleh Mussolini dan pengikut-pengikut setia Fasis. Apabila Perang Dunia II tamat, ketidakpuasan hati rakyat membawa kepada pungutan suara pada tahun 1946 bagi memilih sama ada mengekalkan sistem beraja di Itali atau membubarkannya. Akhirnya, rakyat Itali memilih untuk menjadi sebuah negara republik dan membentuk Republik Itali di mana ia merupakan negara Itali yang kita lihat sehingga hari ini.