Laluan Putrajaya

Laluan Putrajaya
4 gerabak Hyundai Rotem EMU semasa ujian percubaan, selalunya dipanggil sebagai "Ducky" disebabkan reka bentuknya seakan muka itik
Umum
Nama lainInggeris: Putrajaya lines
Cina: 布城线
Tamil: புத்ராஜெயா வழித்தடம்
Nama asalMRT Laluan Putrajaya
JenisTransit aliran
SistemRapid KL
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminal PY01  Kwasa Damansara
 PY41  Putrajaya Sentral
Stesen36
PerkhidmatanSungai BulohKuala LumpurSerdangPutrajaya
Nombor laluan12 (Kuning)
Laman sesawangmymrt.com.my
Operasi
DibukaFasa 1: 16 Jun 2022
Kwasa DamansaraKampung Batu
Fasa 2: 16 Mac 2023
Kampung BatuPutrajaya Sentral
PemilikMRT Corp
PengendaliRapid Rail
Sistem pengaliranAutomatik dan tanpa pemandu
DepotDepoh Sungai Buloh
Depoh Serdang
Stok kereta api49 Hyundai Rotem set kereta api 4 gerabak (bentuk lebar)
Teknikal
Panjang aliran57.7 km (35.9 bt) bermula dari Kwasa Damansara
52.2 km (32.4 bt)
Ketinggian: 38.75 km (24.08 bt)
Bawah tanah: 13.5 km (8.4 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga, 750 VDC
Peta laluan

PY01
Kwasa Damansara
Depoh Sungai Buloh
PY02
RRI
(simpanan)
PY03
Kampung Selamat
PY04
Sungai Buloh
PY05
Damansara Damai
PY06
Sri Damansara Barat
PY07
Sri Damansara Sentral
PY08
Sri Damansara Timur
PY09
Metro Prima
PY10
Kepong Baru
PY11
Jinjang
PY12
Sri Delima
PY13
Kampung Batu
PY14
Kentonmen
PY15
Jalan Ipoh
PY16
Sentul Barat
PY17
Titiwangsa
PY18
Hospital Kuala Lumpur
PY19
Raja Uda
PY20
Ampang Park
PY21
Persiaran KLCC
PY22
Conlay
PY23
Tun Razak Exchange
PY24
Chan Sow Lin
PY25
Bandar Malaysia Utara
(simpanan)
PY26
Bandar Malaysia Selatan (simpanan)
PY27
Kuchai
PY28
Taman Naga Emas
PY29
Sungai Besi
PY30
Technology Park
(simpanan)
PY31
Serdang Raya Utara
PY32
Serdang Raya Selatan
PY33
Serdang Jaya
PY34
UPM
Depoh Serdang'
PY35
Taman Universiti
(simpanan)
PY36
Taman Equine
PY37
Putra Permai
PY38
16 Sierra
PY39
Cyberjaya Utara
PY40
Cyberjaya City Centre
14
PY41
Putrajaya Sentral
7 14

Stesen pertukaran

kawasan berbayar bersepadu
perjalanan tambang tunggal
kawasan berbayar tidak bersepadu
perjalanan tambang berbilang

Laluan MRT Putrajaya atau MRT 2, sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (Laluan SSP), merupakan laluan kereta api transit aliran ke-12 serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu keempat di kawasan Lembah Klang, selepas laluan-laluan Kelana Jaya, Sungai Buloh–Kajang dan Bandar Utama–Klang, ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna emas berserta petunjuk bernombor 12.

Laluan ini merupakan salah satu daripada dua laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa pertama projek, di antara Kwasa Damansara sehingga Kampung Batu memulakan perkhidmatannya pada 16 Jun 2022. Fasa kedua yang selebihnya mula beroperasi pada 16 Mac 2023.

Jajaran laluan rel adalah sepanjang 52.2 kilometer (32.4 bt), di mana 13.5 kilometer (8.4 bt) terletak di bawah tanah. Sejumlah 37 buah stesen, 11 daripadanya adalah di bawah tanah akan dibina. Laluan ini merentang dari Kwasa Damansara di daerah Petaling hingga Putrajaya dan akan melalui kawasan penduduk yang padat seperti Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.