Kepong
Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6 km dari KLCC, ke utara Bukit Lagong, ke barat Bukit Lanjan, Bandar Sri Damansara dan Sungai Buloh, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta, Segambut. Selain terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kepong juga dalam negeri Selangor iaitu dalam daerah Gombak, iaitu berdekatan Taman Ehsan dan Taman Desa Jaya.