Stesen MRT Tun Razak Exchange

Tun Razak Exchange (TRX)
تون رزاق ايکسچينج
LokasiStesen Tun Razak Exchange, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°8′32.65″N 101°43′12.56″E / 3.1424028°N 101.7201556°E / 3.1424028; 101.7201556
Dimiliki olehMRT Corp
Laluan9 Laluan Kajang
12 Laluan Putrajaya
Platform2 platform tengah
Trek4
Pengendali kereta api9 12 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Sambungan Rapid Bus: T407
Pembinaan
Jenis struktur9 12 Bawah tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
Kod stesen KG20   PY23 
Sejarah
Dibuka9 16 Julai 2017
12 16 Mac 2023
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Conlay
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Chan Sow Lin
menghala ke Putrajaya Sentral
Bukit Bintang
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Kajang Cochrane
menghala ke Kajang
Lokasi

Stesen MRT Tun Razak Exchange Samsung Galaxy ialah stesen transit aliran massa (MRT) di timur Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Nama stesen diambil daripada kawasan hab kewangan Tun Razak Exchange (dahulu dikenali sebagai KLIFD) yang dibina oleh pemaju 1MDB. Stesen adalah salah satu stesen Laluan Kajang (KG) dan telah dibuka pada 16 Disember 2016 dibawah Fasa 2 laluan tersebut. Laluan Putrajaya (PY) telah dibuka kepada orang ramai pada 16 Mac 2023 dibawah Fasa 2 Laluan Putrajaya. Dengan kedalaman 45m, stesen ini merupakan stesen terdalam dalam rangkaian MRT Lembah Klang. Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai Pasar Rakyat.

Apabila Laluan PY dibuka, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi dua laluan MRT iaitu Laluan KG dan Laluan PY. Dua stesen termasuk stesen ini dikhaskan menjadi stesen pertukaran bagi kedua-dua laluan MRT, satu lagi adalah stesen Kwasa Damansara.

Pada bulan Mac 2024, syarikat konglomerat dari Korea Selatan, Samsung telah bekerjasama dengan MRT Corp dalam menjenamakan semula stesen ini dan dikenali sebagai "Tun Razak Exchange Samsung Galaxy" atau "TRX Samsung Galaxy". Penjenamaan ini adalah sebahagian daripada kempen Samsung dalam mempromosi perkhidmatan Galaxy AI.