Laluan MRT Lingkaran

Laluan MRT Lingkaran
Umum
Nama asalLaluan MRT Lingkaran
JenisTransit aliran deras
SistemKVMRT Laluan 3 (MRT3)
Statussedang dibincangkan
Stesen33 stesen
Bertingkat: 26
Bawah tanah: 7
PerkhidmatanKeliling
(Bukit Kiara - Titiwangsa - Cheras -
Salak Selatan - Pantai Dalam - Bukit Kiara)
Nombor laluan13
Operasi
Dirancang dibuka2028
PemilikMass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd
Sistem pengaliranDiautomasikan dan tanpa pemandu
Teknikal
Panjang aliran40 km (25 bt)
Bertingkat: 8 km (5.0 bt)
Bawah tanah: 32 km (20 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Kelajuan operasiKelajuan operasi maksimum 100 km per jam
Peta laluan

MRT 3, MRT Laluan 3 atau Laluan MRT Lingkaran akan menjadi laluan rel transit ke-13, automatik sepenuhnya yang kelima dan sistem rel tanpa pemandu di Lembah Klang. Apabila siap, laluan ini akan menjadi sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang. Laluan ini dijangka akan bernombor 13 dan berwarna kelabu pada peta transit.

Ia adalah salah satu daripada tiga laluan kereta api yang dirancang di bawah Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang oleh MRT Corp. Laluan ini kini berada di bawah perancangan dan penilaian akhir. Pengumuman penjajaran dan lokasi stesen dijangka pada suku kedua 2011. Laluan MRT Lingkaran dijangka meliputi kawasan menarik sekitar Bandar Malaysia, Ampang, Ecocity KL, Bukit Kiara dan Sentul. Kepentingan dalam membina laluan muncul semula pada awal tahun 2015.