Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur

Hospital Kuala Lumpur
Stesen transit aliran deras (MRT) |
Aras platform stesen MRT Hospital Kuala Lumpur
LokasiStesen MRT Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°10′26″N 101°42′06″E / 3.173989°N 101.701568°E / 3.173989; 101.701568
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform1 platform tengah
Trek2
Sambungan Rapid Bus: 402
Pembinaan
Jenis strukturBawah tanah
Templat letak kenderaanAda (di Hospital Kuala Lumpur)
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBeroperasi
Kod stesen PY18 
Sejarah
Dibuka16 Mac 2023 (2023-03-16)
DielektrikkanYa
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Titiwangsa
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya Raja Uda
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi

Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur (HKL) ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) bawah tanah, di Titiwangsa, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Ia terletak di antara Stesen MRT Titiwangsa dan Stesen MRT Raja Uda serta mempunyai kod stesen iaitu PY18. Stesen MRT ini terdiri daripada empat aras iaitu, aras tanah di mana pintu masuk dan keluar stesen berada, aras legar, aras platform dan aras mezanin. Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur terdiri daripada tiga pintu masuk dan keluar iaitu A di Hospital Kuala Lumpur, B di Jalan Kuantan dan C di Jalan Maran.

Nama stesen MRT Hospital Kuala Lumpur mula diumumkan pada tahun 2016 dalam sebuah video tayangan rasmi di Youtube, dan dibina dibawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah dengan kod stesen awal iaitu S14. Stesen MRT Hospital Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) di Lembah Klang dan dibuka rasmi secara rasmi 16 Mac 2023 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut yang melibatkan stesen-stesen di sepanjang jajaran Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.