Perang Israel–Palestin

Perang Israel–Palestin
Sebahagian daripada Konflik Israel–Palestin

     Gaza

     Wilayah Jajahan Israel dengan keberadaan Mujahidin Palestin      Kawasan dipindahkan

  Sempadan maksimum kemaraan Palestin
Tarikh7 Oktober 2023 – kini
(2 tahun dan 5 hari)
Lokasi
Status Gencatan senjata
Pihak yang terlibat
Pasukan bukan Palestin

 Israel

Komandan dan pemimpin
  • Benjamin Netanyahu
  • Israel Katz
  • Yoav Gallant
  • Herzi Halevi
  • Yaron Finkelman
  • Tomer Bar
  • Tamir Yadai
  • David Saar Salama
Unit terlibat

Pasukan bukan Palestin

  • Sayap ketenteraan Hizbullah
  • Pasukan Fajr
  • Helang Angin
  • Angkatan Tentera Yaman
Kerugian dan korban

Genting Gaza

  • 64,183+ maut, termasuk 14,000+ hilang dan dianggap telah maut
  • 113,828+ cedera
  • 16,300+ ditangkap

Tebing Barat

  • 946 maut
  • 7,370+ cedera
  • 14,300+ ditangkap

Lubnan

  • 4,047+ maut
  • 16,638+ cedera

Syria

  • 567 maut

Israel

  • 1,986+ maut
    • 991 anggota keselamatan
  • 13,500+ cedera
  • 251+ ditangkap
1,900,000+ penduduk dipindahkan di Gaza
2000+ penduduk dipindahkan di Tebing Barat
65,000 dipindahkan di Lubnan
200,000+ dipindahkan di Israel


Perang Israel–Palestin adalah satu siri peperangan yang sedang berlaku di Israel dan Palestin, khususnya di Genting Gaza yang bermula pada 7 Oktober 2023. Perang ini merupakan yang terburuk pernah dihadapi rakyat Palestin dalam sejarah konflik Israel dan Palestin. Kini, lebih 40 ribu orang rakyat Palestin disahkan terkorban dengan lebih 10 ribu orang telah disahkan hilang sepanjang perang ini.

Peperangan ini bermula dengan sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket yang digalakkan oleh pejuang kemerdekaan Palestin, Briged Izzuddin Al-Qassam dari Semenanjung Gaza. Unit itu juga menggalakkan penyusupan kilat ke bandar-bandar Israel yang mengelilingi sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza. Serangan ini dinamakan sebagai Taufan al-Aqsa (Dalam Bahasa Arab: طوفان الأقصى) manakala serangan balas Israel dipanggil sebagai Operasi Pedang Besi (Ibrani: מבצע חרבות ברזל, rumi: Mivtsa Kherevot Barzel).