Yahya Sinwar

Yahya Sinwar
يحيى السنوار
Ketua Biro Politik Hamas
Dalam jawatan
6 Ogos 2024 – 16 Oktober 2024
Didahului olehIsmail Haniyeh
Ketua Hamas
di Genting Gaza
Dalam jawatan
13 Februari 2017 – 16 Oktober 2024
TimbalanKhalil Al-Hayah
Didahului olehIsmail Haniyeh
Maklumat peribadi
Lahir
Yahya Ibrahim Hassan Sinwar

29 Oktober 1962
Khan Yunis, Negara Palestin
Meninggal dunia17 Oktober 2024
Tal Al-Sultan, Rafah, Semenanjung Gaza
Cause of deathSerangan udara di Gaza
Parti politik Hamas
Tempat belajarUniversiti Islam Gaza

Yahya Ibrahim Hassan Sinwar (29 Oktober 1962 -17 Oktober 2024; juga disebut Yahya Al-Sinwar, Arab: يحيى السنوار ) ialah ahli politik Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) yang merupakan ketua Biro Politik Hamas sejak Ogos 2024 menggantikan Ismail Haniyeh. Beliau juga merupakan ketua Kerajaan Hamas di Genting Gaza sejak Februari 2017.

Pada September 2015, Yahya telah dituduh sebagai pengganas oleh pemerintah Amerika Syarikat, sebagaimana Hamas dan Briged Izzuddin Al-Qassam juga telah disenarai sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Beliau juga dianggap Israel sebagai perancang utama pencetus serangan Hamas ke atas Israel yang menjadi pemula perang Israel-Palestin 2023. Pada Februari 2017, beliau menjadi ketua Hamas bagi Genting Gaza, menggantikan Ismail Haniyeh. Pada Mac 2021, beliau sekali lagi kekal mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua