Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin

Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin
الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين
SingkatanPFLP
Setiausaha agungAbu Ali Mustafa (-2001)
Ahmad Sa'adat (2001-sekarang)
PengasasDr. George Habash
Diasaskan11 Disember 1967 (1967-12-11)
Anggota bagi
Ibu pejabatDamsyik, Syria
Sayap separa tenteraBriged Abu Ali Mustafa
Ideologi
Kedudukan politikJauh kiri
Hubungan serantauPertubuhan Pembebasan Palestin
Perikatan Demokratik
Hubungan antarabangsaSeminar Komunis Antarabangsa (tidak berfungsi)
Paksi Penentangan
Tapak sesawangpflp.ps
Majlis Perundangan Palestin
3 / 128
  • Politik Negara Palestin
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin (Bahasa Arab: الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين, al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Tahrīr Filastīn) adalah parti dan organisasi sayap kiri yang menjadi anggota dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Barisan ini ditubuhkan pada 11 Disember 1967 sebagai perluasan cawangan Palestin daripada Gerakan Nasionalis Arab, yang runtuh selepas kekalahan Perang Enam Hari.

PFLP ini diasaskan dengan mesyuarat pimpinan cawangan Palestin dari Gerakan Nasionalis Arab; antara lain Dr. George Habash, Mustafa Al Zubairi yang masyhur dikenal sebagai Abu Ali Mustafa, Wadie Haddad, Ahmad Hussein Al Yamani, Hussein Hammoud (Abu Assad), Nayef Hawatmeh yang kemudian keluar dan mengasaskan Barisan Demokratik untuk Pembebasan Palestin (DFLP), dan Muhammad Al Qadi yang bersara pada pertengahan dekad 1970-an. Pimpinan Gerakan Nasionalis Arab ini bertemu dengan pimpinan kumpulan Palestin yang lain, yakni seperti Barisan Pembebasan Palestin (dengan Ahmed Jibril yang kemudian keluar untuk menubuhkan Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin – Perintah Am (PFLP–GC)), dan beberapa orang bebas.

Barisan memulakan tindakan tentera berdasarkan pandangan bahawa rakyat Palestin harus bergantung kepada pasukan mereka sendiri untuk membebaskan Palestin selepas kekalahan rejim Arab dalam perang 1967, dan dipengaruhi oleh pengalaman gerila dalam gerakan pembebasan antarabangsa seperti pengalaman Vietnam dan Cuba.