Lubnan

Republik Lubnan
ريڤوبليك لبنان
الجمهورية اللبنانية
Al-Jumhūriyyah al-Lubnāniyyah
Bendera Jata
Cogan kata: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(
Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
Lagu kebangsaan: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Beirut
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik
• Presiden
Michel Aoun (ميشال عون)
Najib Mikati (نجيب ميقاتي)
Kemerdekaan
• Diisytiharkan
26 November 1941
• Diiktiraf
22 November 1943
• Perairan (%)
1.6
Penduduk
• Perkiraan 2022
5,296,814 (ke-122)
560/km2 (1,450.4/sq mi)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$78.910 billion
USD11,561
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
USD19.008 billion
USD2,785
Gini (2011) 31.8
sederhana
HDI (2021) 0.706
tinggi · 112th
Mata wangPaun Lubnan (LL)
(LBP)
Zon waktuUTC+2 (EET3)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+961
DPT internet.lb
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country_code"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "areami²"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "area"

Lubnan (Arab: لُبْنَان, rumi: Lubnān) atau nama rasminya Republik Lubnan (Arab: جُمْهُورِيَّة اللبنانيَّة, rumi: Jumhūrīyah al-Lubnānīyah) merupakan sebuah negara di barat laut Asia menghadap Laut Mediterranean di sebelah barat dan bersempadan dengan Syria serta Palestin.

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, pertanian dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut tetapi dikekang ketidakstabilan matawang dan kadar pengangguran tinggi diburukkan rasuah, krisis perbankan dan bencana dahsyat menggawatkan keadaan.