Polis Israel

Polis Israel
משטרת ישראל
شرطة إسرائيل
Intisari agensi
Ibu pejabatIbu Pejabat Kebangsaan Polis Israel – Kiryat HaMemshala
Kakitangan35,000
Belanjawan tahunan8.383 bilion NIS (2010)
Eksekutif agensi
  • Kobi Shabtai, Pesuruhjaya Polis
Laman sesawang
http://www.police.gov.il/

Polis Israel (Ibrani: משטרת ישראל, rumi: Mišteret Yisra'el; Arab: شرطة إسرائيل, rumi: Shurtat Isrāʼīl) ialah pasukan polis awam bagi Israel. Seperti kelaziman, tugasan-tugasan Polis Israel termasuk pembendungan jenayah, kawalan trafik, penjagaan keselamatan awam, dan penentangan aktiviti terorisme. Polis Israel berada di bawah pentadbiran Kementerian Keselamatan Awam. Ibu pejabat rasmi polis terletak di Kiryat HaMemshala, Jerusalem.

Polis Israel mengawal keseluruhan Israel, Kawasan C Tebing Barat serta Dataran Tinggi Golan, yakni di seluruh kawasan yang memiliki kawalan awam Israel. Ini ialah satu-satunya penguatkuasa undang-undang Israel; Israel tiada badan polis di peringkat bawahan sungguhpun beberapa pentadbir-pentadbir tahap bahawan menguruskan undang-undang secara terhad tanpa kewibawaan setaraf polis.