Jihad Islam Palestin

Jihad Islam
حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين
Logo Jihad Islam
Tarikh operasi1987–kini
PemimpinFathi Shaqaqi (1981–1995)
Ramadan Shalah (1995–2018)
Ziyad al-Nakhalah (2018–)
Abd Al Aziz Awda (1981–)
Kawasan utamaGenting Gaza
IdeologiKebangsaan Palestin
Pan-Islamisme
Islamisme
Anti-Zionisme
Jihad
Anti-Penjajahan
StatusDilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Israel, Jepun, New Zealand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
Saiz8,000
SekutuNegara Sekutu :
 Iran
 Syria


Sekutu bukan negara :

 Hamas
 Hizbullah
Lawan Israel
Laman sesawangsaraya.ps

Jihad Islam Palestin (disingkatkan JIP) atau Gerakan Jihad Islam di Palestin (Arab: حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين, Harakat al-Jihād al-Islāmi fi Filastīn) ialah sebuah pertubuhan pejuang Islam Palestin yang beraliran Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah yang dibentuk pada 1981. JIP bersama-sama Hamas dan enam gerakan lain ialah anggota Perikatan Angkatan Palestin, yang menolak Perjanjian Oslo dan bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam Palestin yang berdaulat. JIP menolak penyelesaian dua negara dan menyasarkan penentangan ketenteraan terhadap Israel. JIP dan HAMAS kedua-duanya bukan anggota PLO.

JIP disenarai sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, United Kingdom, Jepun, Kanada, Australia, New Zealand dan Israel..