Muhammad Deif

Komander Tertinggi Briged Izzuddin al-Qassam

Mohammed Deif
Kelahiran
Mohammed Diab Ibrahim al-Masri

Ogos 1965 (umur 60)
Meninggal dunia13 Julai 2024(2024-07-13) (umur 58)
Warganegara Negara Palestin
Nama lainAbu Khaled
KerakyatanPalestine
PekerjaanPanglima Tertinggi Briged Izzudin al-Qassam
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaKomander Tentera Tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam
PangkatPanglima Tertinggi Briged Izzuddin al-Qassam
Gerakan politikHamas
PasanganWidad (2007–2014)
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Hamas
PerkhidmatanBriged Izzuddin Al-Qassam
PangkatKetua

Mohammed Deif (Arab: محمّد ضيف); l(1965-2024), lahir sebagai Mohammed Diab Ibrahim al-Masri, ialah seorang warga Palestin, dan komander tentera tertinggi Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas. Dia merupakan orang 'paling dikehendaki' oleh Israel selama 24 tahun sejak 1995 di atas keterlibatan langsung dalam serangan terhadap Israel seperti membunuh tentera IDF, pengeboman berani mati dan penculikan. Cubaan terakhir Israel untuk membunuh Deif berlaku dalam sebuah serangan udara pada 19 Ogos 2014. Hamas menafikan Deif terbunuh. Isteri, bayi lelaki dan anak perempuan Deif meninggal dunia dalam serangan tersebut.

Jabatan Negara Amerika Syarikat menambah Deif dalam senarai 'Pengganas Global Khas Ditetapkan' pada 8 September 2015.