Kelayakan UEFA Euro 2024

Kelayakan UEFA Euro 2024
Perincian kejohanan
Tarikh23 Mac 2023 – 26 Mac 2024
Pasukan53
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan239
Jaringan gol690 (2.89 per perlawanan)
Kehadiran5,311,891 (22,225 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Romelu Lukaku
(14 gol)
2020
2028

Kejohanan Kelayakan UEFA Euro 2024 adalah kejohanan bola sepak yang akan dimainkan dari Mac 2023 hingga Mac 2024 untuk menentukan 23 pasukan kebangsaan lelaki UEFA yang akan menyertai pasukan tuan rumah Jerman yang layak secara automatik dalam kejohanan akhir UEFA Euro 2024. Kejohanan ini dikaitkan dengan Liga Negara-Negara UEFA 2022–23, yang memberi laluan kedua kepada negara untuk layak ke kejohanan akhir.

Sebanyak 55 pasukan kebangsaan akan mengambil bahagian dalam proses kelayakan. Undian untuk peringkat kumpulan kelayakan berlangsung di Festhalle di Frankfurt pada 9 Oktober 2022.