Piala Eropah UEFA

Piala Eropah UEFA
Trofi Piala Eropah UEFA
Badan penganjuranUEFA
Ditubuhkan1958 (1958)
KawasanEropah
Jumlah pasukan24 (Pusingan Akhir)
54 (Kelayakan)
Layak kePiala Juara CONMEBOL–UEFA
Juara semasa Sepanyol
(Gelaran ke-4)
Pasukan paling berjaya Sepanyol
(4 gelaran)
Laman sesawanguefa.com/uefaeuro
UEFA Euro 2024

Piala Eropah UEFA atau (Bahasa Inggeris: UEFA European Championship) adalah kejohanan bola sepak terbesar antara negara-negara UEFA. Diadakan pada setiap empat tahun sekali sejak 1960, kejohanan ini pada awalnya dinamakan sebagai Piala Negara-Negara Eropah (European Nations Cup), kemudian diganti dengan Kejohanan Bola Sepak Eropah (European Football Championship) pada 1968.

Dari 1960 hingga 1976 hanya empat pasukan yang layak dari pusingan kelayakan ke kejohanan akhir. Dari 1980 hingga 1992, lapan pasukan layak menyertai dan semenjak 1996 hingga kini enam belas pasukan bermain pada kejohanan ini. Pasukan-pasukan tersebut dipilih melalui perlawanan pada pusingan kelayakan. Tuan rumah mendapat tempat secara automatik.