Kelayakan UEFA Euro 2020
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | 21 Mac 2019 – 12 November 2020 |
| Pasukan | 55 (dari 1 konfederasi) |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 262 |
| Jaringan gol | 826 (3.15 per perlawanan) |
| Kehadiran | 5,225,403 (19,944 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Harry Kane (12 gol) |
← 2016 2024 → | |
| Kelayakan Eropah UEFA |
|---|
Kejohanan Kelayakan UEFA Euro 2020 adalah kejohanan bola sepak yang akan dimainkan dari 21 Mac 2019 hingga 31 Mac 2020 untuk menentukan 24 pasukan kebangsaan lelaki UEFA yang akan masuk ke dalam kejohanan akhir UEFA Euro 2020. Kejohanan ini akan dikaitkan dengan Liga Negara-Negara UEFA edisi 2018-19, memberikan negara laluan kedua untuk memenuhi syarat layak ke kejohanan akhir. Buat pertama kalinya sejak 1976, tiada pasukan secara automatik akan layak ke Kejohanan Eropah UEFA sebagai negara tuan rumah.
Sebanyak 55 pasukan kebangsaan akan mengambil bahagian dalam proses kelayakan, dengan pasukan Kosovo mengambil bahagian untuk kali pertama. Cabutan itu berlangsung di Pusat Konvensyen Dublin, Ireland, pada 2 Disember 2018.