UEFA

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah
کساتوان ڤرساتوان بولا سيڤق ايروڤه
Union of European Football Associations (en)
Union des associations européennes de football (fr)
Union der europäischen Fußballverbände (de)
Kerangka
KependekanUEFA 
Cogan kataWe care about football 
Jenis/bentuk sahBadan induk sukan antarabangsa, persekutuan bola sepak, pertubuhan bukan untung 
Keanggotaan 55 (2019) 
Anggota bagiFIFA 
Bahasa rasmiBahasa Perancis, bahasa Inggeris, bahasa Jerman 
Tapak webwww.uefa.com 
Sejarah
Ditubuhkan15 Jun 1954  di Basel 
Pengurusan
PengerusiAleksander Čeferin 
Setiausaha agungTheodore Theodoridis 
Pertubuhan indukFIFA 
Subsidiari
Senarai
Lokasi
Ibu pejabatNyon 
Lokasi
  • Switzerland 
Koordinat46°22′15.63″N 6°13′51.71″E 
Kawasan perkhidmatanEropah 
sunting · sunting di Wikidata

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (nama rasmi: L'Union des associations européennes de football; singkatan: UEFA) merupakan sebuah badan pentadbiran untuk persatuan bola sepak, futsal dan bola sepak pantai di Eropah. Walaupun beberapa negara anggotanya terletak di seluruh atau keseluruhannya di Asia. UEFA adalah salah satu daripada enam gabungan benua FIFA yang mengawal badan bola sepak dunia. UEFA juga terdiri daripada 55 ahli persatuan kebangsaan.

UEFA mewakili persatuan bola sepak kebangsaan Eropah, menjalankan pertandingan negara dan kelab termasuklah Piala Eropah UEFA, Liga Negara-Negara UEFA, Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa UEFA, dan Piala Super UEFA, dan mengendalikan hadiah wang, peraturan, dan hak media dalam pertandingan.

Henri Delaunay merupakan setiausaha agung yang pertama dan Ebbe Schwartz adalah presiden pertama. Presiden yang terkini ialah Aleksander Čeferin, bekas presiden Persatuan Bola Sepak Slovenia yang terpilih sebagai presiden ketujuh UEFA di Kongres UEFA Luar Biasa ke-12 di Athens pada September 2016, serta secara automatik menjadi naib presiden badan dunia FIFA.