Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978 (UEFA)

Senarai di bawah adalah tarikh dan keputusan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978 untuk zon Eropah (UEFA). Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan pusingan kelayakan, lihat artikel Kelayakan Piala Dunia FIFA 1978.

Sebanyak 32 pasukan UEFA memasuki pertandingan. Zon Eropah telah diperuntukkan 9.5 tempat (daripada 16) di dalam kejohanan akhir. Jerman Barat, juara bertahan, layak secara automatik, meninggalkan 8,5 tempat terbuka untuk persaingan antara 31 pasukan.

31 pasukan dibahagikan kepada 9 kumpulan 3 atau 4 pasukan setiap satu (lima kumpulan dengan 3 pasukan dan empat kumpulan dengan 4 pasukan). Pasukan akan bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang kumpulan akan layak, kecuali pemenang Kumpulan 9, yang akan mara ke Play-off Antara Benua UEFA / CONMEBOL.