Kelayakan Piala Dunia FIFA 1974 (UEFA)
Senarai di bawah adalah tarikh dan keputusan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1974 bagi zon Eropah (UEFA). Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan pusingan kelayakan, lihat artikel Kelayakan Piala Dunia FIFA 1974 .
Sebanyak 32 pasukan UEFA memasuki pertandingan. Zon Eropah telah diperuntukkan 9.5 tempat (daripada 16) di dalam kejohanan akhir. Jerman Barat tuan rumah, layak secara automatik, meninggalkan 8,5 tempat terbuka untuk persaingan antara 32 pasukan.
32 pasukan telah dibahagikan kepada 9 kumpulan 3 atau 4 pasukan setiap satu (empat kumpulan dengan 3 pasukan dan lima kumpulan dengan 4 pasukan). Pasukan-pasukan akan bermain menentang satu sama lain di tempat sendiri dan tempat lawan. Pemenang kumpulan akan layak, kecuali pemenang Kumpulan 9, yang akan mara ke perlawanan Play-off Antara Benua UEFA – CONMEBOL bagi menentukan 1 lagi tempat, samada dari (CONMEBOL) atau (UEFA).