Liga Negara-Negara UEFA 2022–23
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | Fasa Liga: 1 Jun – 27 September 2022 Pusingan Akhir Liga Negara-Negara: 14–18 Jun 2023 Perlawanan Penyingkiran: 21–26 Mac 2024 |
| Pasukan | 55 |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Sepanyol (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Croatia |
| Tempat Ketiga | Itali |
| Tempat Keempat | Belanda |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 162 |
| Jaringan gol | 425 (2.62 per perlawanan) |
| Kehadiran | 3,225,868 (19,913 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Erling Haaland Aleksandar Mitrović (Masing-masing 6 gol) |
← 2020–21 2024–25 → | |
Liga Negara-Negara UEFA 2022–23 adalah menjadi musim ketiga Liga Negara-Negara UEFA, sebuah kejohanan persatuan bola sepak antarabangsa yang dirancang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 ahli persatuan UEFA. Kejohanan akan diadakan dari bulan Jun hingga September 2022 (fasa liga), Jun 2023 (Pusingan Akhir Liga Negara-Negara) dan Mac 2024 (perlawanan penyingkiran).
Berikutan kemenangan mereka pada 2021, juara bertahan adalah Perancis tidak dapat mengekalkan kejuaraan mereka pada pusingan akhir selepas menduduki tempat ketiga dalam kumpulan mereka.
Sepanyol memenangi perlawanan akhir menentang Croatia, 5–4 menerusi sepakan penalti berikutan keputusan seri 0–0 selepas masa tambahan, untuk gelaran Liga Negara-Negara UEFA pertama mereka.