Cicakman 2: Planet Hitam

Cicakman 2: Planet Hitam
Poster keluaran tayangan, direka bentuk oleh Isma Yusoof.
PengarahYusry Abdul Halim
Penulis
Lakon layarYusry Abdul Halim
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiMohd Filus Ghazali
Disunting olehMohd Elmy Khalim
Muzik olehEdry Abdul Halim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios (Malaysia dan Brunei)
Cathay Karis Films (Singapura)
Tarikh tayangan
  • 11 Disember 2008 (2008-12-11) (Malaysia)
Masa tayangan
107 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 2.5 juta
Pecah panggungRM 2.7 juta

Cicakman 2: Planet Hitam, atau Cicakman 2 ialah filem aksi cereka sains komedi adiwira Malaysia 2008 arahan Yusry Abdul Halim dengan skrip oleh Yusry dan Meor Shariman terbitan KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance. Ia merupakan kesinambungan daripada filem Cicak-Man dan filem kedua dalam trilogi Cicak-Man. Filem ini mengisahkan tentang kekecohan di Metrofulus apabila bandar itu dilanda pencemaran air yang teruk, yang dikatakan berpunca daripada sistem kawalan air mentah yang dicipta oleh Profesor Klon. Kemunculan Rrama telah menimbulkan masalah apabila dia bertindak menghapuskan semua musuh Profesor Klon termasuk Cicak-Man. Pada masa yang sama, Ginger Ghosts pula kembali untuk membalas dendam terhadap Cicak-Man atas kematian mereka. Saiful Apek, Yusry, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie dan Jalaluddin Hassan kembali menjayakan watak masing-masing.

Penggambaran dijalankan pada Oktober 2007 di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan dimuktamadkan pada Disember 2007. Filem ini ditayangkan pada 11 Disember 2008 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Ia menjadi kegagalan komersial apabila hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.7 juta berbanding filem pertama yang memperoleh kutipan RM6.7 juta. Di Indonesia, filem ini ditayangkan pada Januari 2009. Filem ini telah menerima 2 anugerah dari 9 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-22. Kesinambungannya dengan menampilkan pelakon baharu, Cicakman 3, dikeluarkan pada Mac 2015.