Tengku Iesta Tengku Alaudin

Tengku Iesta Tengku Alaudin
Tengku Iesta mengangkat trofi Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26
Kelahiran
Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin

(1976-01-01) 1 Januari 1976
PekerjaanPenerbit filem, penerbit eksekutif, Pengurus Besar Primeworks Studios
Ibu bapaDatuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid (bapa)
Datin Shamsiah Mohamad (ibu)
Saudara5 adik-beradik (termasuk Iedil Putra dan Tengku Iezahdiyana)

Tengku Iestarabie Putra bin Tengku Alaudin (lahir 1 Januari 1976) merupakan seorang penerbit filem dan Pengurus Besar penerbitan terkemuka Malaysia, Primeworks Studios Sdn. Bhd. (dahulunya Grand Brilliance Sdn Bhd). Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid. Beliau mempunyai adik-beradik seramai lima orang dan beliau merupakan anak sulung, dua daripada lima adik beliau, Tengku Iedilzuhrie dan Tengku Iezahdiyana kini bergiat aktif dalam bidang lakonan.