Mohd Filus Ghazali
Mohd Filus Ghazali | |
|---|---|
| Kelahiran | 26 Disember 1962 |
| Meninggal dunia | 23 April 2020 (umur 57) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Nama lain | Pak Filus |
| Pekerjaan | Ahli sinematografi, pengarah fotografi |
| Tahun aktif | 1982–2020 |
Mohd Filus Ghazali (26 Disember 1962 – 23 April 2020) merupakan seorang ahli sinematografi Malaysia yang terkenal menerusi hasil kerjanya sebagai Pengarah Fotografi untuk filem-filem Melayu. Mohd Filus juga pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Sinematografi Malaysia (MySC). Beliau meninggal dunia pada 23 April 2020 di usia 57 tahun.