Saiful Apek

Saiful Apek
صيفول اڤيك
Saiful Apek pada Oktober 2008
Kelahiran
Muhammad Saiful Azam bin Mohamed Yusoff

(1969-05-12) 12 Mei 1969
Nama lainApek Senario / Saiful Apek / Apek SaYa
PekerjaanPelawak, pelakon, pengarah, penulis skrip, penyanyi, pengacara, penghibur
Tahun aktif1994–kini
Karya
Filemografi
PasanganRoslina Abu Hassan (k. 1994)
Anak-anak2

Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek Senario merupakan seorang pelawak lagenda tanah air.

Selain bidang lawak, beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara, penghibur Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem-filem di Malaysia dari dahulu hingga kini sehinggakan pernah memecah tradisi sebagai pelawak yang paling banyak memegang watak utama dalam setiap filem lakonannya. Terdahulu, beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario dan telah keluar dari kumpulan tersebut beberapa tahun kemudiannya. Namun begitu, kini beliau kembali bersama kumpulan tersebut dengan anggota-anggota asal dan menjenamakan semula diri mereka sebagai Senariounion.

Beliau pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2003 lantas mengukirkan nama beliau dalam sejarah sebagai pelawak pertama yang memenangi anugerah tersebut. Terkini, beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Komedi 2021 di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2021. Pada penghujung 2021, beliau telah dijemput memasuki program nyanyian terbitan Astro, iaitu Gegar Vaganza Musim ke-8 sebagai pasangan duo bersama Yassin Yahya/Anye dan dikenali sebagai kumpulan Sa.Ya.