Tamara Bleszynski
Tamara Bleszynski | |
|---|---|
| Kelahiran | Tamara Natalia Christina Mayawati Bleszynski 25 Disember 1974 |
| Warganegara | Indonesia |
| Pekerjaan | Pelakon, Model, Penyanyi |
| Pasangan | Teuku Rafly Pasya (k. 1997; c. 2007) Mike Lewis (k. 2010; c. 2012) |
| Anak-anak | Pernikahan dengan Teuku Rafly Pasya: Teuku Rassya Pernikahan dengan Mike Lewis: Kenzou Lion Bleszynski Lewis |
| Ibu bapa | Zbigniew Bleszyński (ayah) Farida Gasik (ibu) |
Tamara Bleszynski binti Zbignew Bleszinski atau Tamara Natalia Christina Mayawati Bleszynski, terkenal dengan nama Tamara Bleszynski (lahir di Bandung, 25 Disember 1974; umur 50 tahun) adalah pelakon, penyanyi, dan peragawan Indonesia. Dia adalah kelahiran ayah berdarah Poland dan ibu berdarah Sunda. Tamara Bleszynski sudah berminat menjadi artis sejak kecil lagi. Ketika belajar di Australia selepas SMP, dia sengaja mengambil ekstrakurikuler drama agar membentuk asas lakonan yang kuat. Selepas SMU, ia kembali ke Indonesia dan memasuki bidang permodelan. Namanya melonjak dalam tempoh setahun dan menjadi bintang iklan sabun. Pada tahun 1996, dia menyertai dunia lakonan melalui Asmara dan bidang pentas teater.
Dia mendirikan rumah tangga dengan Teuku Rafly Pasya bin Teuku Syahrul pada 1997 melahirkan seorang anak bernama Rassya Islamay Passya (lahir 4 Februari 1999). Pernikahan ini berakhir dengan perceraian. Pada 3 Januari 2007, Mahkamah Agung mengesahkan tuntutan perceraiannya berdasarkan Putusan No 349/K/AG/2006 yang menetapkan hak pengasuhan anak berada di tangan suaminya, Rafly.