Azma Aizal Yusoof
Azma Aizal Yusoof | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhamad Ismaizal bin Yusoof 12 Ogos 1982 |
| Nama lain | Isma Yusoof |
| Pendidikan | Filem Animasi |
| Pusat pendidikan | Universiti Multimedia |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2006–kini |
| Ibu bapa | Hamidah Abdullah (ibu) |
Muhamad Ismaizal Yusoof (lahir 12 Ogos 1982) atau lebih dikenali sebagai Azma Aizal Yusoof ialah pelakon, penyanyi, pengarah dan penulis lirik Malaysia. Pada awal penglibatannya dalam bidang seni, Azma lebih dikenali sebagai Isma Yusoof.
Kerjaya lakonan Azma bermula melalui drama RTM Sutun 2 pada 2006. Drama bersiri Merah Putih merupakan arahan pertama Azma lakonan Zahiril Adzim, Ellyas Abdullah dan Dira Abu Zahar pada 2009. Selain itu, Azma turut mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan untuk siaran TV3. Azma turut mengarahkan iklan televisyen untuk Naelofar Hijab.