Anugerah Skrin 2019
| Anugerah Skrin 2019 | |
|---|---|
| Tarikh | 1 November 2019 |
| Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia |
| Penyampai pra-acara |
|
| Penerbit | Shahrizan Razalli |
| Penganjur | TV3 |
| Gambaran keseluruhan | |
| Filem Terbaik | One Two Jaga |
| Siri Komedi Terbaik | Budak Usin |
| Siri Drama Terbaik | Kamar Kamariah |
| Film Televisi Terbaik | Di Sisi |
| Penghargaan terbanyak | [[]] () |
| Pencalonan terbanyak | [[]] () |
| Liputan televisyen | |
| Saluran | TV3 |
| Pemirsa | 4.8 juta |
Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-24. Seperti penganjuran pada 2018, Anugerah Skrin ke-23 kali ini tidak menampilkan hos utama bagi mengendalikan malam anugerah, 12 penyampai anugerah ialah Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Eira Syazira dan Azad Jasmin serta Elly Mazlein dan Shuk Sahar. Majlis ini berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan YouTube.
Anugerah ini mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. Sebanyak 24 kategori yang dipertandingkan, manakala pemenang enam lagi kategori iaitu Kategori Bukan Drama akan diraikan di satu slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2019 pada 27 Oktober (Ahad) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 1.30 tengah hari.