Nabila Huda
Nabila Huda | |
|---|---|
| Kelahiran | Nabila Huda binti Suhaimi 2 Disember 1984 |
| Nama lain | Abil |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, Pengacara |
| Tahun aktif | 2001–kini |
| Pasangan |
|
| Anak-anak |
|
| Ibu |
|
| Bapa |
|
| Laman web rasmi | https://nabilahuda.com/ |
Nabila Huda binti Datuk Haji Suhaimi (lahir 2 Disember 1984) ialah seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada lagenda rock terkenal Datuk Amy, vokalis kumpulan Search. Nabila memulakan kerjaya lakonan pada 2001 menerusi peranan kecil dalam Lagi-Lagi Senario (2001) arahan Aziz M. Osman. Antara filem yang dibintangi beliau ialah Rock (2005), Akhirat (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Duhai Si Pari-pari (2009), Bohsia 2: Jalan Kembali (2012), Munafik (2016), Tombiruo: Penunggu Rimba (2017), Makrifat Cinta (2018), Rahsia (2023) dan Gayong (2025).
Selain peranan lakonan dalam filem, Nabila juga terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Shikin dalam Impak Maksima the Series, Ain dalam Cinta Untuk Ain, Azarina dalam Dari Mata Arisa, Ayu dalam Teduhan Kasih dan Aurora dalam Dendam Aurora. Sepanjang kerjayanya, Nabila telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan di dalam kerjayanya sebagai pelakon. Menerusi persembahannya dalam Munafik, Nabila memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.