Syatilla Melvin
Syatilla Melvin | |
|---|---|
Syatilla pada 2014 | |
| Kelahiran | Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin 8 Februari 1991 |
| Nama lain | Tilla |
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model, usahawan |
| Tahun aktif | 2012–2018 |
| Pasangan | Shaheizy Sam (k. 2016) |
| Anak-anak | 3 |
| Ibu bapa | Amirol Melvin Abdullah (bapa) |
| Keluarga | Syafiqa Melvin (kakak) Zainal Abidin Osman (abang ipar) Safawi Rasid (adik ipar) Syifa Melvin (adik) Syida Melvin (adik) Melveena Melvin (adik) |
Siti Nur Syatilla Amirol Melvin (lahir 8 Februari 1991) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Beliau aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu. Beliau merupakan adik kepada Syafiqa Melvin dan kakak kepada Syifa Melvin dan Syida Melvin dan Melveena Melvin
Syatilla merupakan adik ipar kepada bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman.