Elly Mazlein
Elly Mazlein | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
ايللي مذليين | |||||||
| Kelahiran | Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi 17 Disember 1980 | ||||||
| Nama lain | Kak Lina Pom Pom/Rokiah | ||||||
| Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | ||||||
| Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Pelawak, Penyampai Radio | ||||||
| Tahun aktif | 1997–kini | ||||||
| Majikan | Astro Radio (2022-kini) | ||||||
| Ketinggian | 165 cm (5 ka 5 in) | ||||||
| Pasangan |
| ||||||
| Anak-anak | 1. Puteri Sara Sefhia Azmi (anak perempuan) 2. Haider Mateen Mohamad Azlan (anak lelaki) | ||||||
| Ibu bapa |
| ||||||
| Kerjaya muzik | |||||||
| Genre | |||||||
| Alat muzik | Vokal | ||||||
| Diskografi | Lihat: Elly Mazlein discography (en) | ||||||
| Kerjaya lawak | |||||||
| Media | Televisyen, filem, dan internet | ||||||
| Genre | Pelawak berdiri, cereka, komedi sketsa | ||||||
| Subjek | Komedi, lawak jenaka | ||||||
| Maklumat YouTube | |||||||
| Saluran | |||||||
| Genre | |||||||
| Pelanggan | 221 ribu | ||||||
| Jumlah tontonan | 12.3 juta | ||||||
| |||||||
| Dikemaskini pada 10 Mac 2021 | |||||||
Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (Jawi: ايلي مذلين, lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio wanita Malaysia.
Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada 1997 dan telah menerbitkan 4 album studio solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan", "Janji Kekasih" dan "Bungaku Bakawali" yang ketika itu menguasai carta radio tanah air. Kerjaya muziknya terhenti seketika pada 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.
Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan setelah disunting oleh pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas dan sejak itu, beliau menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.