Siti Sarah

Siti Sarah
Kelahiran
Siti Sarah binti Raissuddin

(1984-09-15)15 September 1984
Meninggal dunia9 Ogos 2021(2021-08-09) (umur 36)
Sebab kematianCOVID-19
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusu, Gombak, Selangor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2001–2021
PasanganShuib Sepahtu (k. 2011–2021)
Anak-anak4
Ibu bapa
Kerjaya muzik
GenrePop, Pop rock, balada, R&B
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanNAR Records
Indigital Music
Kegiatan berkaitanAjai, Deja Moss, Jamal Abdillah, Zahid Baharuddin

Siti Sarah Raissuddin (15 September 1984 – 9 Ogos 2021) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Siti Sarah memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001. Beliau juga berjaya menggondol anugerah Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik dan Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM 2003). Selain itu, beliau juga berjaya menerima anugerah Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 (APM 2003). Beliau juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.