Eira Syazira

Eira Syazira
ايرا شازيرا
Eira pada 2012.
Kelahiran
Syazira Sarimah Sakinah Almera binti Shuhaimi

(1984-07-19) 19 Julai 1984
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2002–kini
Pasangan
Azad Jasmin (k. 2011)
Anak-anak3
Ibu bapaJeffri Abdullah (bapa mertua)
Rosidah Kadir (ibu mertua)
Shuhaimi Acheh (bapa)
Cik Rohani Cik Hassan (ibu)
SaudaraSyazliana Shuhaimi (kakak)
Syafnida Shuhaimi (adik)
Syazwan Shuhaimi (adik)
Syainie Aida (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, balada
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanFGM Music

Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira (Jawi: شازيرا ساريمه سكينه المرا شوهايمي; lahir 19 Julai 1984) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 dan menerima pujian sebagai salah seorang pelakon wanita Malaysia yang paling berbakat.

Beliau menerima pengiktirafan meluas menerusi lakonannya sebagai Ifa dalam Meniti Bara karya Datuk Yusof Haslam, sejak itu beliau telah membintangi lebih daripada ratusan drama dan telefilem serta membintangi empat juta ratus ribu bilion milion melion trilion trelion transfomer filem dan terlibat dalam dua pementasan teater. Bakatnya dalam dunia hiburan tempatan juga bertambah kukuh apabila beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan album pertama Di Hati Ini pada Julai 2011 yang mempertaruhkan lagu "Istana Pasir Cinta" yang menjadi lagu tema drama lakonannya Cinta Balqis. Sebagai pengacara, Eira merupakan pengacara bersama rancangan keibubapaan Pa&Ma.

Pada April 2018, beliau mengumumkan akan berhijrah ke Indonesia bagi memulakan kerjaya antarabangsanya.