Angkatan Tentera Turki

Angkatan Tentera Turki
Türk Silahlı Kuvvetleri
Diasaskan
    • 209 SM(dakwaan rasmi)
    • 03 Mei 1920
Cabang khidmat

Ibu pejabat Bakanlıklar, Çankaya, Ankara
Kepimpinan
Pemerintah Tertinggi Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan
Menteri Pertahanan Negara Menteri Yaşar Güler
Ketua Turus Am Jeneral Metin Gürak
Usia masuk tentera 21
Pengerahan 6 atau 12 bulan bergantung pada tahap pendidikan
Sedia berkhidmat
dalam tentera
21,079,077 lelaki, usia 16–49 (Anggr. 2010),
20,558,696 wanita, usia 16–49 (Anggr. 2010)
Sesuai untuk
berkhidmat
17,664,510 lelaki, usia 16–49 (Anggr. 2010),
17,340,816 wanita, usia 16–49 (Anggr. 2010)
Capaian usia masuk
tentera tahunan
700,079 lelaki (Anggr. 2010),
670,328 wanita(Anggr. 2010)
Kakitangan aktif 735,000, termasuk:(Tempat ke-8)
  • 51,863 kakitangan awam
  • 170,295 Gendarmerie
  • 4,702 Pengawal Pantai
  • 508,140 tentera
Kakitangan simpanan 410,000
Perbelanjaan
Bajet $21.4 bilion (Tempat ke-15)
Peratusan KDNK 2.2%
Industri
Pembekal domestik Senerai Pembekal Negara Utama

  • MKEK
  • ASELSAN
  • BMC
  • FNSS
  • GIRSAN
  • TISAS
  • Havelsan
  • Transvaro
  • TAI
  • Otokar
  • Roketsan
  • TÜBİTAK
  • Gölcük Naval Shipyard
  • Akdal Arms

Pembekal luar Senarai Pembekal Asing Utama

Import tahunan $1,540 juta (2014)
Eksport tahunan $1,647 juta (2014)
Rencana berkaitan
Sejarah
  • Garis masa Turks (500–1300)
  • Ketenteraan semasa Empayar Uthmaniyyah
  • Sejarah ketenteraan Turki
Pangkat Pangkat ketenteraan Turki

Angkatan Tentera Turki (Turki: Türk Silahlı Kuvvetleri, TSK) ialah angkatan bersenjata di Republik Turki. Ia terdiri daripada tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Gendarmerie dan Pengawal Pantai, kedua-duanya ialah penguat kuasa undang-undang dengan fungsi ketenteraan, beroperasi sebagai komponen pasukan keselamatan dalam negara semasa zaman aman, dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri. Semasa perang, pasukan ini akan diletakkan di bawah arahan tentera darat dan tentera laut. Presiden Turki merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata.

Selepas menjadi anggota NATO pada 18 Februari 1952, Turki memulakan program pemodenan bersepadu ke atas pasukan angkatan bersenjatanya. Tentera Darat Turki dihantar berperang ke Korea, di mana mereka telah memainkan peranan penting. Menjelang akhir tahun 1980-an, proses penstrukturan semula kedua telah dimulakan. Angkatan Tentera Turki melibatkan diri dalam Kumpulan Tempur Kesatuan Eropah di bawah kawalan Majlis Eropah, dikenali sebagai Kumpulan Tempur Itali-Romania-Turki. Angkatan Tentera Turki juga menyumbang kakitangan operasi kepada kor tentera darat pelbagai negara Eurocorps yang diusahakan oleh Kesatuan Eropah dan NATO.