Tunisia
Republik Tunis ريڤوبليك تونيس الجمهورية التونسية Al-Jumhūriyyah at-Tūnisiyyah | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| |||||
| Cogan kata: Kebebasan, Kedamaian dan Keadilan | |||||
| Lagu kebangsaan: Himat Al Hima | |||||
| Ibu negara dan bandar terbesar | Tunis | ||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Arab | ||||
| Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Kais Saied (قيس سعيد) | ||||
| Kamel Madouri (كمال المدوري) | |||||
| Kemerdekaan daripada Perancis | |||||
• Diisytiharkan | 20 Mac 1956 | ||||
| 5 | |||||
| Penduduk | |||||
• Perkiraan 2020 | 11,708,370 (ke-81) | ||||
| 71.65/km2 (185.6/sq mi) (ke-144) | |||||
| KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD162.097 billion (ke-82) | ||||
| ▲ USD13,248 (ke-113) | |||||
| KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD51.271 bilion (92nd) | ||||
| ▲ USD4,190 (ke-129) | |||||
| Gini (2021) | 33.7 sederhana | ||||
| HDI (2022) | ▲ 0.732 tinggi · ke-101 | ||||
| Mata wang | Dinar Tunisia ( TND) | ||||
| Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
| Arah memandu | kanan | ||||
| Kod panggilan | +216 | ||||
| Kod ISO 3166 | TN | ||||
| DPT internet | .tn | ||||
Tunis (Jawi: تونيس ; Arab: تُونِس, rumi: Tūnis) atau nama Baratnya Tunisia (Perancis: Tunisie) –secara rasminya Republik Tunisia– adalah sebuah negara yang terletak di pesisiran menghadap Laut Mediterranean di rantau Afrika Utara. Ia adalah negara Afrika yang paling utara serta negara terkecil yang terletak di Banjaran Atlas. Lebih kurang 40% daripada negara ini terdiri daripada kawasan gurun Sahara, kebanyakan kawasan yang lain terdiri khususnya daripada tanih subur. Panjang garis pinggir lautnya 1,300 kilometer.
Kedua-dua kawasan gurun dan tanih subur tersebut memainkan peranan yang utama pada zaman kuno, awal-awalnya kepada kota Carthago masyhur yang didirikan orang Phoenicia, dan kemudiannya, sebagai provinsi Africa dalam Empayar Rom yang membekalkan hasil tanaman gandum kepada tamadun tersebut. Orang Arab dari puak-puak Bani Hilal dan Bani Sulaym berhijrah besar-besaran dari Semenanjung Arab ke Tunis pada abad-abad ke-11 dan 12. Tunisia menjadi negeri naungan Perancis selepas Perjanjian Bardo ditandatangani pada 12 Mei 1881. Ia merdeka daripada penjajahan Perancis pada 20 Mac 1956 sebagai sebuah negara beraja perlembagaan dengan Muhammad Al-Amin sebagai ketua negaranya. Tetapi, ia menjadi republik dengan Habib Bourguiba sebagai presiden pertamanya pada 25 Julai 1957.