Qatar

Negara Qatar
نڬارا قطر
دولة قطر (Arab)
Dawlat Qaṭar
Bendera Lambang
Lagu kebangsaanالسلام الأميري
As Salam al Amiri  (transliterasi)
Amiri Salute

Kedudukan Qatar (hijau tua) di Semenanjung Arab.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Doha
25°18′N 51°31′E / 25.300°N 51.517°E / 25.300; 51.517
Bahasa rasmiArab
Bahasa-bahasa yang diakuiInggeris
Kumpulan etnik
(2019)
Agama
Islam
DemonimQatar
KerajaanMonarki Berperlembagaan Kesatuan
• Emir
Tamim bin Hamad Al Thani
• Timbalan Emir
Abdullah bin Hamad bin Khalifa Al Thani
• Perdana Menteri
Mohammed bin Abdulrahman Al Thani
Badan perundanganDewan Perundingan
Pendirian
• Hari Kebangsaan Qatar
18 Disember 1878
• Kemerdekaan diistiharkan

1 September 1971
• Kemerdekaan daripada United Kingdom

3 September 1971
Keluasan
• Jumlah
11,586 km2 (4,473 bt2) (ke-164)
• Perairan (%)
0.8
Penduduk
• Perkiraan 2016
2,675,522 (ke-142)
• Bancian Penduduk 2010
1,699,435 (ke-148)
176/km2 (455.8/sq mi) (ke-76)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$353.143 bilion (ke-49)
$145,894 (pertama)
KDNK (nominal)2015
•  Jumlah
$185.395 bilion
$68,940 (ke-4)
Gini (2007)41.1
sederhana
HDI (2014) 0.850
sangat tinggi · ke-32
Mata wangRiyal Qatar
(QAR)
Zon waktuUTC+3 (AST)
Arah memandukanan
Kod panggilan+974
Kod ISO 3166QA
DPT internet

Qatar(Arab: قَطَر, rumi: Qaṭar [ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalam lahjah tempatan: [ˈɡɪtˤɑr]) atau nama rasminya Negara Qatar (Arab: دَوْلَة قَطَر, rumi: Dawlat Qaṭar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah dengan Arab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi oleh Teluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaitu Bahrain.

Selepas pemerintahan Uthmaniyah, Qatar menjadi sebuah jajahan naungan Britain pada awal kurun ke-20 sehingga ia mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Qatar telah diperintah oleh Kerabat Thani sejak awal kurun ke-19. Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani merupakan pengasas Negara Qatar. Qatar adalah sebuah negara monarki warisan dan ketua negaranya adalah Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Sama ada Qatar dianggap sebagai sebuah monarki berperlembagaan atau monarki mutlak hanya satu perbezaan pendapat. Pada tahun 2003, perlembagaan telah diluluskan dalam satu pungutan suara, dengan hampir 98% bersetuju. Pada awal tahun2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta: 313,000 orang adalah warganegara Qatar dan 2.3 juta orang ekspatriat.

Qatar adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi, disokong oleh simpanan gas asli dan minyak ketiga terbesar di dunia . Negara ini merupakan negara pendapatan per kapita tertinggi di dunia. Qatar dikelaskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai sebuah negara dengan pembangunan manusia tertinggi dan merupakan negara Arab paling maju dalam pembangunan manusia. Qatar adalah sebuah kuasa penting di Dunia Arab, menyokong beberapa kumpula pejuang semasa Rusuhan Arab dari segi kewangan dan melalui kumpulan media yang berkembang di peringkat global, Al Jazeera Media Network. Berdasarkan saiznya, Qatar membawa pengaruh besar di dunia, dan telah dikenalpasti sebagai sebuah kuasa pertengahan. Qatar telahpun menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadi negara Arab pertama yang melakukannya.

Pada 5 Jun 2017, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar, dengan menuduhnya membiayai keganasan dan mencampuri hubungan dalaman negara-negara yang berjiran dengannya yang mana menyebabkan krisis diplomatik Qatar 2017.