Ghana

Republik Ghana
ريڤوبليك غانا
Republic of Ghana
Bendera Jata
Cogan kata"Freedom and Justice" (Inggeris)
(Kebebasan dan Keadilan)
Lagu kebangsaan"God Bless Our Homeland Ghana"
Ibu negara
dan bandar terbesar
Accra
5°33′N 0°12′W / 5.550°N 0.200°W / 5.550; -0.200
Bahasa rasmiInggeris
Bahasa kebangsaan
  • Asante
  • Akuapem Twi
  • Bono
  • Dagaare
  • Dagbani
  • Dangme
  • Ewe
  • Ga
  • Gonja
  • Kasem
  • Mampruli
  • Fante
  • Nzema
  • Wasa
  • Talensi
  • Frafra
  • Kusaal
  • Hausa
  • Bahasa Isyarat Ghana
Kumpulan etnik
(2010)
  • 47.5% Akan
  • 16.6% Mole-Dagbon
  • 13.9% Ewe
  • 7.4% Ga-Adangbe
  • 5.7% Konkomba
  • 3.7% Guan
  • 2.5% Gurunsi
  • 2.2% Kusasi
  • 1.1% Bissa
  • 1.4% Lain-lain
KerajaanRepulik berperlembagaan berpresiden unitari
• Presiden
Nana Akufo-Addo
• Naib Presiden
Mahamudu Bawumia
Badan perundanganParlimen
Kemerdekaan daripada United Kingdom
• Dominion
6 Mac 1957
• Republik
1 Julai 1960
• Perlembagaan terkini
28 April 1992
Keluasan
• Jumlah
239,567 km2 (92,497 bt2) (ke-80)
• Perairan (%)
4.61 (11,000 km; 4,247 batu2)
Populasi
• Perkiraan 2016
28,308,301 (ke-45)
• Bancian Penduduk 2010
24,200,000
101.5/km2 (262.9/sq mi) (ke-103)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$211.127 bilion
$6,998
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$68 bilion
$2,262
Gini (2012)42.4
sederhana
HDI (2018)0.596
sederhana · ke-142
Mata wangCedi Ghana
(GHS)
Zon waktuUTC    (GMT)
Arah memandukanan
Kod panggilan+233
Kod ISO 3166GH
DPT internet.gh

Ghana, secara rasminya dipanggil Republik Ghana, adalah sebuah negara di Afrika Barat. Ia bersempadan dengan Côte d'Ivoire di barat, Burkina Faso di utara, Togo di timur, dan Lautan Atlantik di selatan. Accra merupakan ibu negara dan bandar rayanya yang terbesar. Jumlah penduduknya pada 2005 ialah 21,029,853.

Sebelum zaman penjajahan, Ghana diduduki oleh beberapa kemaharajaan kuno, termasuk kemaharajaan pedalaman di Ashanti dan pelbagai negara-negara Fante di sepanjang pantai. Perdagangan dengan negara-negara Eropah berkembang maju selepas hubungan dengan pihak Portugis pada abad ke-15. England mengasaskan Gold Coast, sebuah tanah jajahan, pada 1874.

Ghana merupakan negara kulit hitam Afrika yang pertama untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah. Sebaik sahaja negara ini mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom pada 1957, nama Ghana dipilih sebagai rujukan kepada Empayar Ghana yang merupakan asal kerajaan kunonya.