Gendarmerie Turkiye


Markas Am Gendarmerie
Jandarma Genel Komutanlığı
Lambang Markas Am Gendarmerie
Lambang Markas Am Gendarmerie
Panji Komander Markas Am Gendarmerie
Gambaran keseluruhan agensi
Ditubuhkan1839
Agensi terdahulu
  • Pertubuhan Gendarmerie
  • Gendarmerie Uthmaniyyah
Pekerja198,317 anggota aktif
Struktur bidang kuasa
Bidang kuasa operasiTurkiye
Perbadanan umum
Struktur operasi
Ibu pejabatAnkara
Pegawai bertanggungjawab
  • Ali Yerlikaya, Menteri Dalam Negeri
Eksekutif agensi
  • General Arif Çetin, Komander
  • Jeneral Ali Çardakçı, Timbalan Komander
  • Lt. Jeneral Halis Zafer KOÇ, Timbalan Komander
  • Lt. Jeneral İsmail BALIBEK, Timbalan Komander
  • Lt. Jeneral Hüseyin KURTOĞLU, Timbalan Komander
Agensi indukKementerian Dalam Negeri, Angkatan Tentera Turkiye, (in wartime until 2016)
Notables
Operasi penting
  • Operasi Attila
  • Konflik Turkiye-PKK
  • Penglibatan Turkiye dalam Perang Saudara Syria
Laman web
jandarma.gov.tr/

Markas Am Gendarmerie (Turki: Jandarma Genel Komutanlığı) merupakan pasukan gendarmerie kebangsaan di Republik Turkiye. Ia merupakan satu cabang di dalam Kementerian Dalam Negeri Turkiye yang bertanggungjawab untuk memastikan undang-undang di kawasan di luar tanggungjawab pasukan polis (umumnya di kawasan luar bandar), selain memastikan keselamatan dalam negeri selain melaksanakan tugas-tugas spesifik lain seperti yang dibenarkan oleh beberapa undang-undang dan peraturan. Pada waktu perang, beberapa unitnya akan diletakkan di bawah Tentera Darat Turkiye oleh Presiden Turkiye.

Komander Gendarmerie melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri.

Sejarah Gendarmerie bersusur galur hingga ke pertubuhan penguatkuasaan undang-undang ketenteraan empayar Uthmaniyyah "Subaşı" (kemudian dikenali sebagai "Zaptiye"). Pasukan serupa yang sebelumnya dikenali sebagai "Şurta" diwujudkan sejak zaman pertengahan empayar Seljuq.